Connect with us

Semasa

Setahun Berjauhan Demi Tugas di Lubnan, Kepulangan Lans Koperal Disambut Jasad Isteri

Kepulangan salah seorang anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada kali ini tidak lagi disambut dengan senyuman si isteri.

Apa yang lebih menyedihkan, kepulangan Lans Koperal (LKpl) Mohd Noh pada kali ini disambut dengan tangisan dan tubuh kaku isteri yang telah pergi selamanya.

Perkongsian tersebut dibuat menerusi laman Facebook MyJointForce yang sempat merakam detik terakhir penghormatan si suami buat isteri tersayang.

Bertemu isteri buat kali terakhir

Difahamkan, Mohd Noh adalah anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan dibenarkan pulang bagi ‘bertemu’ isterinya buat kali terakhir.

Menurut Norzita yang merupakan ibu mertua kepada Mohd Noh berkata, dibenarkan menziarahi serta memberi penghormatan terakhir kepada isterinya kelmarin dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Arwah kritikal sejak seminggu lalu

Jelas Norzita lagi, Mohd Noh sepatutnya menamatkan misi pada awal bulan hadapan namun terpaksa pulang awal susulan keadaan arwah isterinya yang kritikal sejak seminggu lalu.

“Walaupun dia mendarat awal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu kira-kira jam 3 petang kelmarin namun dalam kita bergelut dengan wabak Covid-19, dia tidak terkecuali melalui SOP yang ditetapkan KKM, “ katanya ketika ditemui di rumahnya di Rumah Rakyat Air Mawang, di sini, hari ini.

Norzita berkata, Mohd Noh dibenarkan menziarahi serta memberi penghormatan terakhir kepada isterinya kelmarin dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berpakaian PPE ziarah jenazah isteri

“Saya dan seluruh ahli keluarga sayu melihat dia berpakaian PPE (sut perlindungan diri) ketika menziarahi jenazah dan kemudian terpaksa pulang ke pusat kuarantin,” kata Norzita Lemchek, 49, ibu mentua kepada Lans Koperal Mohd Noh Samsudin, 25.

Beberapa gambar Mohd Noh yang memakai PPE dan melihat jenazah isteri, Allahyarham Norhidayah Amishammudin, 25, dikebumikan dari jauh bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 tular di laman sosial.

Arwah rindukan suaminya

Norzita berkata, Norhidayah sebelum ini disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak tiga tahun lalu bagaimanapun seminggu terakhir ini doktor mengesahkan arwah menghidap jangkitan kuman pada paru-paru.

“Sejak akhir-akhir ini arwah sering memberitahu dia rindukan suaminya namun tidak sangka pula arwah pergi terlebih dulu tanpa menatap wajah suami,” katanya.

Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Makam Tok Gobah, Air Mawang sebelum solat Jumaat semalam.

Pasangan ini berkahwin tiga tahun lalu namun belum dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu melalui FB MALBATT 850-7 memaparkan beberapa gambar Mohd Noh yang diberi kesempatan melihat isterinya buat kali terakhir.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.