Wanita yang hamil pastinya merasai pengalaman berbeza-beza sepanjang tempoh 9 bulan tersebut.
Ada yang mengalami perubahan hormon semasa mengandung sehingga menyebabkan rasa mual dan juga mengidam untuk makan makanan yang jarang disukai sebelum ini.
Namun ada juga yang mengalami perubahan hormon yang memberi kesan kepada bentuk fizikal.
Seperti perkongsian di Facebook Nur Azs, wajahnya berubah menjadi bengkak-bengkak, berkedut dan hitam dan badannya juga penuh dengan kesan alergi.
Setahun yang cukup lama
Alhamdulillah, setahun mungkin sekejap pada orang lain, pada saya cukup lama, macam-macam ujian yang kita hadap.
Syukur kita bertahan sampai ke hari ini. Macam-macam yang jadi. Terima kasih tetap bertahan walau diuji perubahan muka yang agak seram.
Bengkak, kedut dan hitam. Badan penuh alergik. Gambar pakai filter hitam hilang. Bengkak tetap ada sampai takut nak mengandung lagi.
Malu nak jumpa orang
Ada yang hina ada yang memahami. Mama sampai malu nak jumpa orang. Syukur keadaan semakin pulih, syukur juga dikurniakan cahaya mata yang sangat comel di mata mama hilang semua kesakitan mama.
Terima kasih suami yang tak pernah berhenti beri semangat dan aura positif semasa mengandung.
Kalau kita dah bertahan sampai ke hari ini, tetaplah kita mempertahankan selamanya. Hadiah on the way.
Terima kasih juga sedara mara dan kawan-kawan yang tak malu keluar dengan saya. Terima kasih juga nurse dan doktor KK Merbau Sempak yang banyak bagi semangat.
Bengkak sudah surut
Menerusi ruangan komen, apabila ditanya keadaan muka selepas bersalin, wanita ini memberitahu bengkak sudah surut namun meninggalkan bintik hitam yang penuh di bahagian muka.
“Nk tnya…Lepas dah bersalin keadaan muka mcm mna… surut semula x…atau ada kesan… nk tau saja sbb mna tau kalau terkena sndri atau sedara terdekat… kongsi pengalaman”