Ilmu itu merupakan suatu khazanah yang boleh disimpan, digunakan, dan dikongsi bersama-sama.
Namun untuk menuntut ilmu di pengajian tinggi, ia memerlukan kos yang agak banyak.
Baru-baru ini, tular sebuah kisah seorang wanita yang berjaya menjejaki guru yang telah membantunya membiayai yuran universiti pada 36 tahun yang lalu.
Difahamkan, wanita yang bernama Puan Norasiah Jamil memulakan pencariannya dengan memuat naik beberapa keping foto lama beserta maklumat ringkas di Facebook.
Ramai orang yang mengenali guru bernama Pak Lin Haw membantu Norasiah yang sudah lama teringin sekali untuk bertemu dengan cikgu tersebut.
Dikatakan, Cikgu Pak Lin Haw ini merupakan seorang guru Kimia untuk pelajar Tingkatan 5.
Norasiah turut meluahkan bahawa dia berasa terhutang budi dengan guru itu kerana dia merupakan insan yang kuat dalam menyokongnya untuk menyambung pengajian ke UTM pada tahun 1988.
“Terhutang budi sebab dia salah seorang yang paling kuat support masa nak masuk UTM..
“Dah nekad nak berenti belajar sebab keluarga tak mampu (baru pindah masuk Felda 1986) walaupon dah dapat tawaran… dia sanggup keluarkan duit dia plus fund PIBG.. untuk bayar yuran masa masuk daftar UTM 1988,” luahnya.
Menerusi MalayMail, dia menjumpai gambar bersama cikgu kesayangannya itu selepas menyelongkar barang lama di rumah ibu bapanya terletak di Felda Lepar Hilir 3, Gambang.
Dia berasa sangat bersyukur akhirnya mereka dapat bertemu semula selepas 36 tahun berlalu.
Menerusi hantaran yang dibuatnya baru-baru ini, akhirnya dia sudah pun menjumpai guru yang tersebut.
Lantas, dia mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang turut sama membantu dalam misi pencariannya selama ini.
Menjengah di ruangan komen, ramai warga maya meluahkan rasa kagum dan terharu melihat pengorbanan guru ini demi anak muridnya yang ingin menyambungkan pengajiannya.
“Antara contoh terbaik kepintaran emosi iaitu penyayang, manusiawi, …Syabas Cikgu.”
“1987..saya kejer gaji Rm300…terbaik guru tiong hua nii…sggup Beri rm400…sebulan gaji saya ..saya doakan guru tiong hua ni..pnjg umo murah rezeki.”
Hantaran yang tular: