Menjaga ahli keluarga yang sakit bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk menjaga orang sakit kita perlu mengerah lebih tenaga.
Bukan sahaja tenaga malah masa juga perlu dikorbankan agar orang yang dijaga tidak diabaikan.
Selain itu, mental dan fizikal seseorang juga harus bersedia kerana menjaga orang sakit sudah pasti akan memenatkan kadangkala. Nak-nak lagi untuk orang yang tak biasa.
Namun, sanggupkah kita untuk setia berada di sisi mereka dikala mereka ditimpa penyakit?
Tular baru-baru ini, perkongsian daripada salah seorang pengguna laman TikTok yang bernama @nujiey89 telah menarik perhatian ramai netizen.
Video yang berdurasi 31 saat itu telah memaparkan adik iparnya, atau lebih dikenali sebagai Mohd Saiful sanggup menjaga adik perempuannya yang terlantar akibat mengalami komplikasi selepas melahirkan anak tunggal mereka.
Video tular di laman Tiktok:
Pada mulanya, si isteri, Norfadilla Che Par sempat koma pada tiga tahun lalu selama hampir lima bulan sejurus sahaja melahirkan menyebabkan dia tidak sempat menatap cahaya matanya itu. Namun dengan kuasa Tuhan, dia sedar selepas 138 hari dan pada detik itulah dia menatap bayi lelakinya buat pertama kali.
Kagum dengan sifat penyabar dan penyayang Saiful, kakak kepada Norfadilla, Hasirah Nujiey telah memuatnaik satu posting di laman Facebook miliknya dimana dia amat memuji Saiful yang setia menjaga adiknya itu.
Saiful juga dikatakan menggalas segala urusan makan pakai isterinya itu seperti memandikan, menukar lampin, memberi susu dan sebagainya.
“Masih setia di sisi isteri… masih menjaga dan merawat.. trima kasih adik ipar ku kerana sanggup korban kan jiwa muda MU UTK menjaga isteri..”
Video yang dimuatnaik di TikTok ini telah meraih lebih 1 juta jumlah tontonan, 68.4 ribu likes dan 1035 perkongsian!
Rata-rata netizen di TikTok memuji atas kesetiaan yang ditunjukkan oleh Saiful. Saiful diumpamakan satu dalam seribu. Netizen juga turut bersimpati atas nasib mereka berdua serta berdoa agar Norfadilla diberi kesembuhan olehNya.
Berikut adalah antara komen menarik diberikan oleh netizen.
“Hensem suami dia…setia pulak.. semoga Allah memberi kesembuhan pd sang isteri”
“Suami mithali,aku doakan segala beban yg ade moga diringankan dan moga diberatkan dgn pahala ya Allah”
“Allahuakhbar!!! b’tuahny si isteri dpt si suami y setia cam nie.. moga jodohny kekal hingga ke JANNAH.. aamiin”