Connect with us

Viral

[VIDEO] Setia Menanti Luar Wad, Anak Kecil Ini Sedih Bila Doktor Beritahu ‘Ibu Tak Dapat Diselamatkan..’

Kehilangan ibu bapa menjadi saat yang paling menakutkan dalam hidup mana-mana individu yang bergelar anak.

Tidak dapat digambarkan betapa perasaan yang dilalui oleh kanak-kanak ini apabila terpaksa menerima hakikat bahawa ibu kandungnya telah pergi buat selama-lamanya.

Kisah sedih ini dikongsikan di akaun TikTok oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Suryana.

Menurut wanita ini, kakak sulungnya yang digelar ‘kak long’ telah menghembuskan nafas terakhir pada 7 April 2021 jam 3 pagi.

@suryana_89Al-fatihah bukak kaklong😭♬ original sound – suryana

Namun apa yang lebih meruntun hati apabila melihat keadaan anak bongsu daripada enam beradik sebak apabila mengenangkan pemergian ibu tercinta.

Menerusi satu klip video pendek itu kelihatan kanak-kanak perempuan yang dikenali dengan nama Nia ini berada di luar hospital sambil menunggu doktor membuat pemeriksaan terhadap ibunya.

@suryana_89Al-fatihah buat kaklong😭♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Ketika itu, dia langsung tidak mengetahui apa-apa tetapi tidak lama kemudian, doktor memaklumkan bahawa ibunya tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Sebaik sahaja mendengar berita mengejutkan itu, Nia dikatakan tidak dapat menahan sebak dan terus menangis.

“Arwah kak long menghidap kencing manis, baru keluar wad operate kaki. Dua tiga hari tiada selera makan.

“Malam semalam kekejangan terus tak sedarkan diri. Tak lama hospital maklumkan arwah dah tak ada.”

Malah di dalam muatnaik video lain, Suryana menyifatkan arwah seorang kakak yang sangat baik, bertanggungjawab dan penyayang.

Mereka sekeluarga juga telah menganggap arwah sebagai ‘ibu kedua’ kerana sifat dan perwatakannya yang dikatakan sama seperti emak kandung mereka.

“14 jam perjalanan, Alhamdulillah mak selamat sampai JB. Mak terkilan sebab tak dapat jumpa kak long.

“Dah setahun juga mak tak jumpa kak long disebabkan susah untuk rentas negeri. Al fatihah buat kak long.”

@suryana_89♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Dalam pada itu, Suryana juga berharap agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Rata-rata netizen amat tersentuh hati dengan kisah tersebut dan mendoakan agar kanak-kanak itu tabah menghadapi ujian.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.