Seperti yang diketahui umum, seluruh dunia sedang bertungkus-lumus menentang penularan wabak Covid-19.
Begitu juga negara jiran kita, Indonesia, yang turut terkesan dengan kes dan angka kematian yang kian meningkat.
Penggali kubur tak cukup tangan
Menurut seorang penggali kubur bernama Minar di Pondok Rangon, Jakarta Timur, Indonesia, yang meluahkan rasa penatnya, dia terpaksa bekerja menggali kubur bagi pesakit Covid-19 yang terkorban disebabkan virus itu, lapor Suara.com.
Menurut Minar yang berumur 54 tahun, dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai penggali kubur.
“Ini mungkin ujian dari Tuhan,” ujarnya
Namun begitu, akibat daripada penularan wabak Covid-19 kerjanya semakin bertambah ekoran jenazah yang diuruskan juga kian meningkat.
Setiap hari pasti ada yang terkorban
Selain itu ,dia yang berpengalaman sebagai penggali kubur selama 33 tahun berkata kewujudan virus ini membuatkan kerjanya sebagai penggali kubur semakin banyak dan susah.
“Pekerjaan saya sekarang sangat berbeda dan saya hampir tidak bisa istirahat,” kata Minar.
Banyak mayat setiap hari
“Sekarang sangat melelahkan karena ada begitu banyak mayat tiba setiap hari, jadi aku merasa lelah karena menggali tanpa henti.” tambahnya.
Ujarnya lagi, setiap hari pasti akan ada yang terkorban dan dia terpaksa menggali tanpa henti.
Mayat sampai dahulu sebelum kubur digaji
Malah dia turut berkata, sampai pada satu tahap dimana mayat sampai dahulu sebelum kubur siap digali.
“Satu kuburan membutuhkan dua jam penggalian, dan saat ini Minar menggali hingga lima kuburan sehari,”
“Aku berpacu dengan waktu. Kadang-kadang ketika mayat tiba, kuburan belum siap, ” ungkap Minar pada CNA.
Menurutnya, proses menggali kubur memerlukan seramai empat orang. Namun bila jumlah kematian meningkat, empat orang ini tidak cukup tangan.
Bukan itu sahaja, mereka juga perlu menggali kubur dengan cepat bagi mengelakkan virus itu tersebar.
Satu Kubur 10 Minit
Memetik sumber dari Tribun News, luahan seorang lagi penggali kubur yang bernama Junaidi Hakim.
Junaidi turut menggali kubur dikawasan yang sama, turut meluahkan situasi perit mereka hadapi ketika menjalankan tugas.
Paling merisaukan ketika menurunkan keranda kerana kita menyentuhnya
Ujar Junaidi Hakim, mereka harus bekerja hingga 15 jam dan menyelesaikan pengebumian jenazah dalam waktu kurang 10 minit.
“Bagian yang paling mengkhawatirkan adalah ketika kita menurunkan peti mati karena kita harus menyentuhnya,” kata Junaidi (42).
Hal yang sama juga ketika keranda diturunkan dari ambulans, jenazah harus segera dikebumikan dengan cepat, hal itu bertujuan mengurangi risiko penularan virus.”
Setakat ini, kes Covid-19 di Indonesia mencatatkan seramai 23,165 kes keseluruhan positif dan 776 kes kematian.
Semoga kita semua mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan bagi membendung penularan wabak ini.
Pingback: Terlampau banyak sehingga tak sempat berehat dan keletihan - Kisah Benar