Connect with us

Viral

Setiap Kali Bas Sekolah Lalu Budak Jerit ‘Abang Popia’, Lelaki Ini ‘Pening’ Nak Layan Buat Ramai Terhibur!

Menjadi seorang peniaga bukanlah satu perkara yang mudah, sampai sahaja di tapak berniaga, pastinya sudah kelam kabut untuk membuka khemah, meja dan menyediakan peralatan lain.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga sering ‘diganggu’ oleh budak sekolah ketika berniaga mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @abgpopia, pada awalnya kelihatan seorang lelaki sedang menggoreng popia untuk dijual malah dapat kita lihat pelanggannya juga beratur menunggu makanan tersebut.

Ketika sedang asyik menggoreng, tiba-tiba lalu sebuah bas namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah budak sekolah di dalam bas tersebut menjerit ‘abang popia!’.


Tidak cukup dengan itu, lalu pula van sekolah dengan jeritan yang sama membuatkan pelanggan yang berada di situ terhibur melihat gelagat budak sekolah dan abang popia ini.

Difahamkan, dia selalu menerima jeritan itu daripada budak di dalam bas dan van sekolah.

Dengan spontan, abang popia ini juga memberitahu mahu ‘membuli’ mereka kembali dan sedang fikirkan strategi yang sesuai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat reaksi abang popia yang ‘pening’ melayan telatah budak sekolah tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan itu akan menjadi kenangan yang terindah satu hari nanti.

“Kita pon nak join sekali boleh tak? Seronok pula tengok budak-budak sekolah panggil abang popia” – Netizen

Antara komen warga maya:

“Kita pon nak join sekali boleh takk..”

“Femes bethol abang popia”


“Terkejut dah abang popia tu..”

“Serius comel lah diorang lalu sambil panggil abang popia.. rasa nak join naik bas tu hahahahha”

“Seronok tengok abang.. budak2 pon dah minat kat abang..”

“Hahahaha moment2 macam ni yang mengingatkan kita time kita memula dengan bisness..”

Video yang tular di laman TikTok:

@abgpopia Buli lah abang dik sebab kalau korang dah besar nanti mesti abang rindu #fyp #fypシ ♬ MELANCHOLY(治愈系) – 南辰

Continue Reading
Advertisement