Connect with us

Viral

Share Duit Dengan Adik Beradik, Reaksi Ayah Dapat Hadiah Kereta Dari Anak Buat Ramai Sayu

Anak mana yang hendak melihat kedua ibu bapa mereka susah bukan? Pastinya, meringankan beban dan melihat mereka tersenyum adalah impian setiap anak.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, ibu bapa sudah banyak berkorban masa, wang ringgit serta perhatian kepada anaknya dan tidak salah jika anak pula yang berjasa terhadap ibu bapa apabila meningkat dewasa.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah terharu apabila anak-anak sepakat tong-tong duit untuk mengahdiahkannya sebuah kereta mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @joyrudy di TikTok, lelaki itu memberikan kunci kereta dan menyuruh ayahnya mencari kereta.

Dapat kita lihat reaksi muka si ayah yang teruja mencari kereta yang baru dibelikan. Sebaik saja ayahnya menjumpai kereta itu, dia merasa terharu dan sebak lalu memeluk anaknya.

Kedua ibu bapa mereka mengucapkan terima kasih atas hadiah tersebut sambil duduk di tempat pemandu kereta barunya itu.


Mereka juga akui sangat bersyukur kerana memiliki anak-anak yang baik hati dan berusaha untuk menyenangkan ibu bapa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan adik beradik lelaki ini yang tidak berkira dengan ibu bapa mereka sekaligus sebak melihat si ayah yang terharu memperoleh sebuah kereta.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar suatu hari nanti mereka berkesempatan untuk membalas jasa ibu bapa dengan menghadiahkan aset.

Antara komen wargamaya:

Video yang tular di laman Twitter:

Continue Reading
Advertisement