Pasangan pelakon, Sharnaaz Ahmad dan isterinya yang merupakan ahli perniagaan, Noor Nabila telah mengesahkan sudah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Menerusi laporan Harian Metro, Noor Nabila yang juga kakak kepada pengacara, Neelofa mengesahkan perkara tersebut dan menyifatkan ia keputusan dengan hati terbuka dan akur dengan ketentuan Ilahi.
Terima dengan hati terbuka
“Saya syukur proses ini berjalan dalam keadaan saya dan Sharnaaz dalam hubungan yang baik. Jadi kita terima dengan hati terbuka dan akur ketentuan Allah SWT.
“Kami anggap apa yang berlaku jodoh tak panjang dan tak pernah fikir jodoh kami sampai di sini saja. Lagipun mana ada orang kahwin nak bercerai.
“Kami berdua berharap boleh bekerjasama dengan baik untuk besarkan anak tunggal, Jebat Jayden. Itu yang paling penting. Jayden tak perlu terkesan dengan apa yang terjadi antara kami. Kalau kami berdua boleh uruskan dengan baik, InshaAllah. Saya akan cuba apa terbaik untuk anak saya,” katanya eksklusif kepada Harian Metro.
Tidak bermusuh
Nabila berkata, dia tidak bermusuh dengan Sharnaaz sebaliknya mereka kini saling bertukar pendapat dan berkawan.
“Kami berkawan dan banyak berborak bertukar pendapat dengannya. Kami tak bermusuh. Ketika Sharnaaz datang jumpa anak, saya akan duduk sekali dan melayan seperti kawan.
“Saya cuba jadi ibu yang terbaik dan ingin berterima kasih kepada Sharnaaz. Saya juga masih dalam proses nak belajar apa yang terbaik untuk anak saya. Maklumlah ini anak pertama, jadi banyak yang saya tak tahu,” katanya.
Ayah yang baik
Menurut Nabila, Sharnaaz adalah ayah yang baik kepada anak tunggal mereka apabila setiap hari datang melawat.
” Sharnaaz seorang ayah yang bagus. Hari-hari dia datang luangkan masa dengan Jayden. Itupun sudah buat saya sangat gembira.
“Yelah siapa lagi nak sayang anak kita betul-betul kalau bukan kami berdua,” katanya.
Tedahulu selepas pasangan itu gagal mencari kesepakatan, mahkamah menerusi Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak iaitu dua penimbang tara (hakam) yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.
Menjenguk di laman Instagram Sharnaaz, dia ada memuat naik satu gambar pada 9 julai iaitu tarikh yang sama dengan perpisahan mereka.
“What ever happen today, you and me will never be apart.. Only death will separate us my boy.”
Nabila dan Sharnaaz telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia hampir dua tahun.