Connect with us

Viral

Shuib Hilang 9 Kg Tak Selera Makan Kerana Teringat Masakan Arwah Isteri, Menitis Air Mata Imbas Memori Raya Bersama Siti Sarah

Menerima takdir bukan bermaksud melupakan segala kenangan yang pernah dicipta. Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pelawa dann usahawan yang disegani ramai iaitu Shuib atau nama sebenanrya Shahmira Muhammad masih tidak dapat melupakan kenangan manis bersama isteri tercinta.

Difahamkan, dia bersyukur kerana dikurniakan istei yang setia bersamanya walaupun pernah melalui fasa ekonomi turun naik sebelum ini.

“Momen hari raya yang paling diingati bila bersama arwah ketika saya mengalami fasa susah satu ketika dahulu. Saya pernah susah bersama-sama dengan dia. Kami pernah beraya dalam keadaan ekonomi saya yang tak berapa baik tetapi dia tak kisah.”

“Pada ketika itu, saya tiada banyak duit. Nak beli baju, kuih raya dan beri duit raya pun kena kira-kira. Tapi dia tetap setia di sisi saat mengharungi fasa tersebut. Perkara ini akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya

“Ketika menyambut Ramadan pertama, kebanyakan ahli keluarga berbuka di rumah saya kerana mungkin mereka tahu saya tengah bersedih.”

“Sewaktu kami nak berbuka, pada ketika nak menahan rasa sedih, kebetulan saya ternampak sepinggan nasi di meja sebelah kiri saya yang biasanya menjadi tempat Sarah. Saya bertanya kepada abang ipar ‘Ni nasi siapa?’ dan dia menjawab ‘tak tahu’.”

“Kami sekeluarga terus terkedu dan berpandang sesama sendiri. Dah la nasi tu ada tapi kerusinya kosong. Saya merasakan seperti ‘kita’ sedang berbuka puasa sekali. Mungkin kami dah terbiasa dengan situasi sebegitu sebelum ini.”

“Bila perkara ini terjadi, nak tak nak saya tetap kena lalui juga. Perasaan sedih tu mesti ada. Menangis pun dah biasa sangat. Tapi tak mengapalah, saya niatkan setiap titisan air mata ini, semoga Allah angkat sebagai penghapus dosa dia,” ujarnya lagi.

Memetik laporan mStar, dia juga memberitahu hal berkaitan makanan antara yang paling membuatkan dia sering terkenang akan arwah.

“Kami selalu buat aktiviti bersama termasuk bab makan dan mencari restoran yang sedap. Sekarang ini susah untuk saya dapat satu tempat yang kena dengan citarasa kerana rasakan seperti tidak lengkap.”

“Ada satu hari saya terjumpa sebuah restoran yang memang menyajikan menu sedap tetapi ketika itu saya fikir alangkah indahnya jika arwah masih bersama.”

“Pernah juga ibu mentua masakkan pajeri nenas baru-baru ini, saya tak boleh makan sebab teringatkan arwah. Itulah yang selalu dia masakkan untuk kami sekeluarga,” ujar Shuib

Shuib juga akui berat badannya semakin menurun gara-gara selera makan yang tidak menentu namun cuba memaksa diri untuk makan agar kesihatannya tidak terjejas.

“Keluarga saya selalu pesan supaya makan agar tidak sakit demi anak-anak. Saya paksa diri makan tetapi tidaklah terlalu berselera.”

“Berat badan saya menurun dari 68 kilogram kepada 59 kilogram sekarang ini. Kalau hitung-hitung dan ikutkan selera sekarang ini, boleh turun lagi sepanjang bulan Ramadan ini,” ujarnya.

Video yang tular:



Sekadar rekod, terdahulu, Shahmira Muhamad (Shuib) telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Siti Sarah Raissudin dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan yang terbaru Ayyash Affan.

Ayyash Affan dilahirkan secara pramatang pada 6 Ogos lalu ketika Siti Sarah bertarung nyawa kerana jangkitan C19 dan beberpa hari selepas itu, Siti Sarah disahkan menghembuskan nafas terakhirnya.

Siti Sarah, 37, pergi buat selama-lamanya pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)

Allahyarham Siti Sarah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di mana sama dengan ibunya, Allahyarham Nur Aini Mohamad yang meninggal dunia pada 26 Jun 2013 akibat komplikasi pelbagai penyakit, disemadikan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.