Connect with us

Selebriti

Shuk Sahar Didakwa Bersama Wanita Lain di Penang, Ini Respon Isterinya Rossa

Pelawak tersohor Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar semakin hari semakin menjadi tumpuan ramai oleh kerana terpalit dengan kontroversi yang bagai tiada penghujung.

Selepas isu berkenaan rumah tangganya dan disusuli isu mengaibkan Raja Farah seterusnya isu Shuk Sahar didakwa telah membuat lawak double meaning dengan seorang wanita di konti radio, kini nama Shuk Sahar terus disebut kerana kembali dengan isu rumah tangganya.

Sebelum ini, Shuk berdepan dengan kontroversi apabila dia didakwa berlaku curang terhadap isterinya dengan seorang Fara Salleh dan telahpun memohon maaf secara terbuka dan berjanji akan berubah menjadi yang terbaik buat isteri, Rossalennah Natassyiah dan anak-anaknya. Namun selepas itu, dia didakwa berkali-kali timbul dengan kontroversi panas yang melibatkan rumah tangganya seperti tidak serik ‘dikecam’ netizen.

Isu rumah tangga Shuk Sahar ni bukan sekali, bukan dua kali namun berkali-kali terjadi sehinggakan para netizen pelik apa yang menyebabkan Shuk Sahar ‘buat hal’ lagi ?

Terbaru, Shuk Sahar iaitu Rossa berkongsi direct message yang diterimanya menerusi platfom Instagram di mana netizen mendakwa terjumpa suaminya dengan wanita lain.

Difahamkan, seorang daripada warga netizen bertanyakan kepada Rossa sama ada dia datang ke Gurney, Pulau Pinang bagi menonton wayang atau pun tidak.

Namun rossa menafikan perkara tersebut oleh kerana mereka tidak kesana empat bertanyakan siapakah yang menonton wayang bersama suaminya.

Walau bagaimana pun, individu tersebut mendakwa melihat kelibat suaminya bersama seorang wanita dan sempat memberikan keterangan mengenai susuk tubuh wanita berkenaan.

“Yee, siapa-siapa ada nampak tu bukan i uolss. Dua mangkuk ni memang takkan mengaku. Lain kali korang ambil gambar dan video diorang kalau nampak. So diorang tak boleh acah-acah victim.” kata Rossa

Tidak cukup dengan itu, isteri kepada pengacara I Can See Your Voice ini juga berkongsi satu lagi mesej di mana seorang individu mendakwa terserempak dengan suaminya bersama seorang wanita.


“Baru i berani nak bagitahu. Haritu i pergi urut dekat area Changkat, Kuala Lumpur. I nampak Shuk dengan ****. Slumber je tepi jalan orang ajak selfie. Bangga betul pergi jalan-jalan bawa scandal. He is not worth it. Stay strong ya sis. I love you.”

“Memang time tu i betul-betul jalan sebelah diorang. I ingatkan tu you tau. Pastu i tengok betul-betul tu ***. Dia pakai sweatshirt Mickey kot. Rasanya yang dia selalu pakai and black shawl. Terkejut saya.”

Namun dikatakan setakat ini tiada maklum balas daripada pihak Shuk Sahar mengenai isu ini.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 danhasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.