Connect with us

Viral

Siap Ajak Selfie Bersama, Sikap Dua Pemandu Wanita Selesai Isu Kemalangan Cara Baik Raih Pujian Netizen

Kemalangan adalah satu benda yang kita tidak boleh jangka bahkah ianya boleh berlaku tidak kira waktu dan tempat selari dengan pepatah ‘malang tidak berbau’.

Kerap kita lihat di media sosial atau di dada akhbar dimana pengguna jalan raya bergaduh sesama sendiri apabila berlakunya kemalangan jalan raya sehingga ada yang sanggup menggunakan alatan yang berada di dalam kereta untuk merosakkan kereta dan memukul sesama sendiri.

Manakan tidak, memang wujud segelintir manusia yang sanggup melakukan apa sahaja mengikut emosi dan hawa nafsu dan terkadang emosi melebihi kewarasan akal fikirannya. Sebenarnya dengan cara sebegini, langsung tidak dapat menyelesaikan masalah malah lagi menambah masalah.

Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana dua orang pemandu wanita menunjukkan contoh yang baik ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @_shuhadamohamad, kemalangan ini berlaku selepas dia yang memandu kereta tidak sengaja melanggar kereta dihadapan. Pemandu wanita yang melanggar kereta depan terus keluar dengan perasaan takut dan bimbang dimarahi pemilik kereta tersebut.

Bagaimana pun, pemilik kereta yang dilanggar yang juga merupakan seorang wanita, langsung tidak marah dan menyatakan usah bimbang kerana ia hanya perkara kecil.

Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah pemandu tersebut juga sempat mengajak pemilik rakaman video untuk mengambil gambar bersama. Mereka kemudian beredar dari tempat kejadian.

“dia ada hak untuk marah saya, tapi dia memilih untuk memaafkan” tulisnya

Video yang tular di laman TikTok:

@_shuhadamohamad “This is why maintenance is very important. Not just with cars, but with everything in life.” #accidentally #lessonlearned ♬ Sad songs of piano and strings – hidekazu

Ketika artikel ini ditulis, vdideo tersebut telah meraih 536.3K tontonan, 57.2K tanda suka, 1501 komen dan 485 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap mereka yang dapat menyelesaikan kes kemalangan tersebut dengan cara baik tanpa melakukan sebarang kekerasan.

Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing saat berdepan dengan situasi yang sama seperti wanita ini.

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.