Monyet sudah dikenali dengan sifat nakal yang seringkali buat hal. Bukan setakat merampas makanan orang, malah macam-macam hal lagi yang dilakukan monyet sehingga viral seperti merasmikan kolam renang di rumah, curi parcel yang dihantar oleh kurier dan sebagainya.
Perangai mereka ini kadang membuatkan kita sedikit takut untuk menentang mereka.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpulan monyet mengepung seorang gadis di asrama mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @hxneyshaa, kelihatan seorang gadis terduduk di atas padang akibat terjatuh masa lari kena kejar dengan monyet.
Namun apa yang lebih melucukan adalah sekumpulan monyet dilihat mengepung gadis itu seolah-olah seperti ingin membulinya. Malah, salah seekornya mencuba untuk mencubit dan menarik baju sehingga membuatkan gadis itu takut.
Dia hanya mampu duduk diam dan menjerit sahaja disamping rakannya yang tidak berani mendekatinya dan hanya dpat merakam dari jauh.
Video yang tular di platform TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1M tontonan, 127.8K tanda suka, 3077 komen dan 2292 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat wanita ini yang tidak mampu berbuat apa-apa sewkatu di buli oleh beberapa ekor monyet.
“The real membuli bila ada geng, kalau seekor dah lari dah” – Netizen
Malah ada juga para netizen yang berseloroh negara kita mengambil ringan tentang kes buli sehingga binatang pun dan berjangkit membuli manusia.
Beirkut merupakan komen warga maya:
“sebabkan ambil remeh pasal buli kan sampai ke haiwan pun dah berjangkit membuli”
“dia macam main teka siapa sentuh”
“jangan cakap akak tu, kalau aku dekat situ meraung wei”
“kesian gila.. kena cubit dengan boyfriend”