Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis makanan yang diubah suai menjadi makanan lain yang sesuai dengan selera masing-masing.
Misalnya, pisang goreng cheese, kentang goreng dicicah aiskrim, dan macam-macam lagi.
Begitulah kisah yang dialami oleh sepasang suami isteri yang tular baru-baru ini, di mana suaminya rajin memasak gabungan yang aneh-aneh dalam masakannya telah membuatkan ramai orang terhibur.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @ranunculusbutterfly itu, si isteri itu menunjukkan suaminya yang gemar memasak tetapi aneh-aneh sahaja masakan yang dia hasilkan.
Dapat dilihat, suaminya itu memasukkan sunquick oren, titisan pewarna makanan dan juga buah pomegranate ke dalam periuk nasi.
Tidak cukup dengan itu, si suami tumis pula bawang holland, serbuk bawang, cili giling, ikan bilis, sosej, telur dan sayur campur.
Kemudian diletakkan pula nasi berwarna ‘pink; itu ke dalam kuali bersama dengan hasil tumisannya itu.
Lebih mengejutkan lagi, sempat dia meletakkan beberapa biji buah pomenegrate dan hirisan epal ke dalam ‘nasi goreng’ itu.
Terus isterinya menangis kerana terkejut dengan masakan yang suaminya itu cuba buat.
Kelihatan suaminya itu turut meletakkan telur di atas nasi seperti nasi goreng pattaya dan lebihan rendang daging di tepi hidangan tersebut.
Melihat pada video itu, kelihatan si suami sangat ‘excited’ ingin isterinya mencuba ‘Fruity Pattaya Fried Rice’ yang dibuat olehnya dengan penuh kasih sayang itu.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur melihat telatah suami isteri itu dan ada yang tertanya-tanya seberapa sedap gubahan menu baharu suaminya itu.
Antara komen netizen:
“Dah bagus ada effort nak masak2, tp bila tengok proses time masak, terus speechless 😭”
“bila perut lapar, tapi nak buah, tapi nak nasi, tapi nak masam, tapi nak manis, tapi nak pedas. gitulah, haha.”
“I’m genuinely curious of rasa dia 😂 i think it’d be quite sedap?? no? hahahaha”
Video TikTok yang tular: