Connect with us

Viral

Siap Mengucap Panjang, Scammer Koyak Habis Bila Wanita Ini Bantai Guna Loghat Kedah

Isu ‘scam’ bukanlah satu perkara yang baharu apatah lagi ianya boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti penipuan online, pukau dan banyak lagi.

Bermacam-macam jenis helah yang diguna pakai oleh scammer sekarang ni untuk memperdayakan kita. Ada yang menyamar jadi peguam lah, pak cik sedara lah. Yang lebih berani pula menyamar jadi anggota polis!
Iospital phone repair gombak
Sebab itu lah kita sering diingatkan agar berhati-hati dengan segala transaksi yang meragukan dan yang paling utama adalah tidak memberikan butiran penting sama ada butiran kad bank, ataupun maklumat diri pada orang lain.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita melayan scammer dengan bercakap menggunakan loghat kedah mencuit hati ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yanalynlegacy, kelihatan wanita tersebut sedang bercakap dengan seorang lelaki melalui telefon.

Difahamkan, individu itu adalah scammer yang memberitahu dia ada membeli Touch ‘n Go ada masalah yang perlu diselesaikan.

Oleh kerana dia tahu dan peka itu adalah scammer, dia melayan sehaja dengan menggunakan bahasa kedah.


Apa yang membuatkan ramai terhibur apabila scammers tersebut mula give up dengan loghat dan tone suara yang digunakan.

“Bila scammer koyak dengan bahasa orang kedah.. Seronok kadang layan scammer ni..” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat mereka berdua terutamanya scammer yang ‘koyak’ mendengar loghat kedah.

Bukan itu sahaja, netizen juga tidak dapat menahan ketawa melihat scammer yang give up sehingga mengucap panjang.

“Sampai mengucap member tu” – Netizen

Antara komen warga maya:

“Ayat last ‘ehmm tak pa la puan’.. diapun tak tahu nak goreng apa dah”

“Naya depa.. hahahaha ambik hang kena loghat utagha”


“Senak perut dah aku gelak sorang sorang”


Video yang tular di laman TikTok:

@yanalynlegacy Seronok kadang layan scamer nie,dk sruh kita jaga adab plak, aku nk tegelak sgt2 dh dia xtau😀😀#fyp #fypシ #scammer #scam #kedahdarulaman ♬ bunyi asal – YanAlyn Legacy

Continue Reading
Advertisement