Pada masa kini, memesan makanan di atas talian sememangnya banyak memudahkan masyarakat. Manakan tidak, kita boleh membeli apa sahaja makanan melalui online dan akan dihantar sehingga depan pintu. Jimat masa bahkan tenaga.
Jika perasan, bila order makanan di atas talian, ada ruangan dimana kita boleh membuat pesanan tambahan seperti minta agar kurang pedas, extra pedas atau pun taknak sayur dan bermacam lagi.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelanggan cuba untuk mengugut peniaga telah mengundang rasa kurang senang orang ramai.
Menerusi perkongsian Di laman Facebook Restoran Pakcik Wong, dia akui kesal dengan sikap pelanggannya itu.
Menurutnya, restoran itu telah menerima satu pesanan dari seorang pelanggan yang dikenali sebagai Riz menerusi aplikasi Foodpanda. Dalam nota pesanan tersebut, pelanggan telah meminta untuk diberikan sos lebih, kalau tidak dia akan memberi penilaian rendah pada restoran tersebut.
Pun begitu, pihak restoran tetap menyediakan makanan yang dipesan oleh pelanggan tersebut dan menulis nota ringkas di resit dimana mereka tidak kisah jika pelanggan mahu memberikan ‘rating’ yang rendah pada kedai kerana tidak mahu memberikan sos secara lebih.
Tak serik, pelanggan tersebut sekali lagi membuat pesanan dengan meminta perkara yang sama dan pihak restoran tidak melayan kerenah pelanggan tersebut.
“Sos kami memerlukan ramuan untuk dimasak, bukan ready made sos tomato pakai tuang je. Untuk makluman semua, harga di platform Foodpanda adalah belih mahal kerana mereka ada mengenakan komisen.” Ujarnya.
“Rider pun kena dibayar gaji, mereka bukannya kerja untuk Free. Kalau nak harga murah, disarankan walk in dan order di kedai. Dan untuk Riz, kami di sini pun advise Riz untuk belajar memasak di rumah ya. Tidak perlu lah nak order dengan kami lagi.” Tambahnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui perkara tersebut sangatlah biadap dan meminta agar peniaga terus bersabar.
Bukan itu sahaja, ada juga penyokong setia Restoran Pakcik Wong takpil memberikan kata-kata positif.
Antara komen warga maya:
Perkongsian yang tular di laman Facebook: