Sejak kebelakangan ini, hangat di merata media sosial mengenai isu rampas pasangan yang ternyata mengundang kemarahan ramai pihak.
Namun begitu baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan pasangan penyanyi popular yang dikenali sebagai Syamel dan Ernie Zakri telah berjaya mecuri perhatian warga maya dan para peminat mereka.
Difahamkan, pasangan selebriti ini telah berkahwin pada Mac 2021 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Nur Khawla Soleha.
Menerusi video klip ‘live’ pasangan itu yang dimuat naik semula oleh akaun TikTok peminat mereka, kelihatan pasangan itu menerima komen daripada seorang individu dan ianya menarik perhatian Ernie untuk membacakan komen tersebut.
“I ex girlfriend Syamel, ingat lagi tak,” tulis individu tersebut.
Susulan itu, Ernie terus ‘sound’ individu yang melemparkan komen tersebut dan mencari tahu siapakah dalang di sebalik akaun tersebut.
Akan tetapi setelah diperiksa, itu hanyalah akaun palsu semata-mata.
Sementara itu, Ernie sempat meluahkan pendapatnya terhadap pengganggu rumahtangga orang, dan dia turut berdoa agar dijauhkan perkara tersebut daripada berlaku.
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah berjaya meraih sebanyak 545.3K tontonan, 25K tanda suka, 227 komen di laman platform sosial berkenaan.
Menjengah di ruangan komen klip video tersebut, rata-rata warganet terhibur melihat reaksi Syamel dan berseloroh mengenainya.
Antara komen netizen:
“yg kat belakang tu dub dab dah jantung 😂….nasib dia ckp ex gf…kalau dia ckp susu lampin dah abis😂…mau pengsan kat blakang tu 😂”
“xphm nape penyondol nk amik sgt laki org …kemaruk apa..I dulu kwn sndri taw…spi bcerai kot”
“biru dah muka org belakang … silap2 masuk mimpi bini tetap mengamuk juga tu…hahaha”
“member belakang dah berpeluh ehh 😂”
“yg belakang tu dari gelak terus serious Muka hahahah”
“Benda mcm nie tak payah buat lawak lah.. Insecure perempuan nie lain mcm..”
Video TikTok yang tular: