Kehangatan Piala FA yang menyaksikan Terengganu FC (TFC) melawan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada malam tadi masih dapat dirasakan.
Kemenangan yang berpihak kepada JDT telah memberi manfaat kepada rakyat Johor apabila pihak kerajaan negeri memberikan cuti peristiwa sempena kejuaraan tersebut.
Bagaimanapun, dalam kegembiraan penyokong dan pasukan JDT meraikan ‘kedatangan’ Piala FA ke selatan Tanah Air, ada pula isu yang menjadi topik hangat netizen di media sosial.
Ketika nyanyian lagu Negaraku disampaikan oleh Idris Brown sambil diiringi ‘gorengan’ gitar elektrik, mereka menerima komen negatif daripada rakyat Malaysia.
Ianya kerana lagu Negaraku yang biasanya didendangkan dengan muzik penuh semangat patriotik terdengar sangat bingit ketika di stadium dan juga di rumah.
Perkara itu menjadi perbualan di media sosial. Menurut seorang pengguna TikTok, @gazimbo, lagu Negaraku tidak sesuai diubah muziknya dan berharap supaya muzik dari lagu kebangsaan kita tidak diubah sesuka hati.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen. Rata-ratanya tidak bersetuju apabila lagu Negaraku diubah dan diberi ‘nafas baru’.
Namun, tidak kurang juga yang menyokong pembaharuan yang dilakukan oleh dua orang berkenaan asalkan tidak mengubah seni kata lagu tersebut.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Lebih baik panggil pancaragam tentera baru best”
“Satu fmily ckp pasal ni td mse tgk . Penyokong pon xnyanyi . Sbb sblom ni akan bergema suara pnyokong nynyi”
“tkde yg rosak kecuali lirik diubah”
Video yang tular di laman TikTok