Connect with us

Selebriti

Siapa Sangka Atuk kepada Juara Dewi Remaja Haneesya Hanee, Bukan Calang-calang Orang..

Tahniah buat Haneesya Hanee!

Selepas melepasi pelbagai halangan dan cabaran, Haneesya Hanee berjaya meraih gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019.

Menepati ramalan, gadis manis berusia 18 tahun itu berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri di episod akhir pencarian Dewi Remaja 2018/2019.

Mungkin ramai yang tak tahu rupanya juara ini adalah cucu kepada seniman Syed Hamid. Atuknya pun bukan calang-calang orang.

Tia Sarah menyandang gelaran naib juara manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga.

Tempat keempat disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania berpuas hati di tempat kelima.

Selain itu, gelaran Dewi Favorite dan Dewi Inspirasi turut diberikan di episod akhir ini.

Gelaran Dewi Favorite yang dipilih peminat menerusi laman web majalah Remaja disandang oleh Arena Iman.

Peserta dari Kelantan, Aween Ismail yang terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatan berjaya menyandang gelaran Dewi Inspirasi.

Hadiah disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose, Datuk Hans Isaac dan Editor Remaja, Faiz Aiman.

Di episod akhir ini, pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bertindak selaku ketua juri manakala pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan alumni Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa bertindak selaku juri jemputan.

Diacarakan oleh Scha Alyahya, pencarian Dewi Remaja 2018/2019 ditayangkan setiap Ahad, jam 10.30 malam bermula 25 November.

Sebelum ini, Haneesya Hanee menerima kecaman dan mesej ‘penghinaan’ daripada netizen walaupun baru saja bertapak dalam industri hiburan tanah air.

Haneesya mendedahkan dia ada menerima kiriman mesej Instagram daripada seorang remaja perempuan yang mengutuk dan menghina warna kulitnya yang gelap seperti gadis Afrika.

Haneesya enggan mengambil pusing dengan cakap-cakap orang dan itu bukan pertama kali perkara berlaku terhadap dirinya.

Dia mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi situasi tersebut setiap kali menerima kutukan dari orang ramai.

Rata-rata netizen kagum sikap Haneesya yang tidak mudah melenting walaupun masih baru di dalam industri.

Tidak kurang juga ramai yang memuji gadis berdarah kacukan Melayu dan Arab itu yang bukan saja cantik dari luaran sahaja malah memiliki hati yang cantik.

Sumber: LimauMadu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.