Connect with us

Viral

Simpan Barang Sampai ‘Block’ Laluan Penduduk Flat, Sikap Penghuni Ini Timbul Pelbagai Reaksi Netizen

Amalan hidup berjiran memerlukan sikap hormat menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, ianya tidaklah harus melebihi batas sehingga memberikan kesan buruk kepada penduduk lain yang berada di sekitar.

Begitulah kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang penghuni yang menetap di sebuah flat di Petaling Jaya, Selangor telah dikecam kerana longgokan pelbagai barangan di hadapan rumahnya sehingga menyukarkan jiran-jiran lain untuk menggunakan laluan di situ.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di Twitter @Aidilsundae itu, laluan di hadapan rumah itu tidak boleh diakses langsung oleh penduduk lain dek lombokan barangan misalnya seperti bungkusan plastik, kotak dan pakaian.

“Aku tak tahulah ni rumah atau tempat penyimpanan sampah. Ni dekat sebelah rumah kakak aku. Disebabkan banyak sangat barang dia kumpul sampai susah nak jalan.

“Ayah aku pula pakai wheelchair, jadi satu kerja kena pusing satu floor untuk pergi ke lif sebelah rumah dia. Sepatutnya laluan dekat je, tapi terus jadi jauh… geram tengok sampah-sampah ni,” tulis Aidil.

Difahamkan, kakak Aidil pernah membuat laporan berhubung dengan hal tersebut, akan tetapi masih belum ada sebarang tindakan dibuat.

“Kotor tempat ni. Aku tak tahulah dia ada penyakit apa sampai kumpul segala jenis barang dekat luar rumah.

“Sebenarnya, kakak aku pernah buat report. Tapi masih tak jalan. Owner rumah buat tegak (tak peduli) je. Selfish sangat, geram!

“Kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pun akak aku pernah report. Pengurusan flat ni? Tak jalan juga. Tak fahamlah.

“Kakak aku dah report dekat pejabat berkaitan. Dan akak aku cakap report pun tak jalan. Hopefully, lepas viral ni ada tindakan daripada MBPJ atau pihak atasan.

“Kesian akak aku dan orang Projek Perumahan Rakyat (PPR) ni nak kena hadap sifat pentingkan diri tuan rumah ni,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen rata-ratanya mengkritik perbuatan penghuni rumah tersebut.

Namun begitu, masih ada yang mengaitkan bahawa sikapnya itu mungkin berpunca daripada penyakit berkaitan mental.

Antara komen netizen:

Ciapan yang tular:

Continue Reading
Advertisement