Baru-baru ini tular di laman TikTok dimana seorang wanita berang dengan sikap rider foodpanda yang tidak menghantarkan makanannya sehingga di depan pintu.
Bukan itu sahaja, dia siap berdebat dengan rider tersebut di dalam mesej dan mengugut untuk cancel order sekiranya makanan tersebut tidak dihantar ke atas.
Hal itu sekaligus meraih pelbagai reaksi dan pendapat daripada netizen. Ada yang berpendapat mengatakan rider harus menghantar makanan sampai ke depan rumah kerana ia termaktub dalam standard operation procedure (SOP) daripada Foodpanda sendiri.
Malah, ada juga yang mengatakan gaji rider hanya dibayar berdasarkan jarak sahaja. Ia bemaksud jarak restoran ke lokasi sahaja, bukan sampai tepaksa naik ke rumah pelanggan masing-masing.
Turut memberi pandangan, seorang rider tampil membuat satu video yang kelihatan agak simple namun ‘makan dalam’.
Menerusi video tersebut, difahamkan dia pernah dibatal pesanan setelah mengambil pesanan berstatus Cash On Delivery (COD).
“Call tak jawab, bayar COD, cancel order. Macam mana nak buat? Ya kak saya naik sampai tingkat 17 dah ni,” luahnya dalam isu debat rider kena hantar makanan itu.
Dia memuat naik video tersebut hanya untuk memberi nasihat kepada semua orang agar memudahkan urusan orang lain agar urusan sendiri dipermudahkan.
Dalam video tersebut juga dapat kita lihat dia merupakan seorang rider OKU yang menggunakan kaki palsu untuk bekerja.
“Saya dah cuba kuat. Tapi, ada ke yang sokong saya?”, ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyokong kenyataan rider tersebut malah sempat berpesan agar pelanggan turun ke bawah untuk memudahkan urusan riders.
Tidak cukup dengan itu, netizen juga berkongsikan pengalaman masing-masing ketika menggunakan perkhidmatan rider untuk menghantar makanan.
Antara komen warga maya:
“Deep.. tak perlu marah2 pun abang ni rileks je balas dengan ayat makan dalam..”
“Brader ni cuma nak menyampaikan yang kalau kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita”
“Saya setiap kali order foodpanda, sebelum rider sampai saya dah tunggu dekat bawah flat siap2”
“Bertolak ansur lah kalau jadi manusia.. tak salah pun turun ambil..”
Video yang tular di laman TikTok: