Kes penularan wabak COVID-19 di negara kita semakin merisaukan saban hari.
Barisan hadapan ataupun frontliners dilihat masih berusaha keras bagi membendung rantaian wabak ini.
Malah, bukan itu sahaja, mereka juga perlu menguruskan jumlah pesakit yang baru yang baru tiba di pusat kuarantin dan juga di pusat perubatan.
Jururawat dijangkiti COVID-19 daripada pesakit
Betapa besarnya pengorbanan para petugas kesihatan yang perlu menghadapi risiko yang besar sehinggakan boleh meragut nyawa mereka sendiri.
Namun apa yang lebih memilukan lagi apabila seorang jururawat dilaporkan telah meninggal dunia akibat COVID-19 selepas dijangkiti daripada salah seorang pesakit di hospital.
Menerusi perkongsian di Facebook, jururawat berkenaan dikenali sebagai Siti Aishah binti Mohd Zamri yang dikatakan sedang sarat mengandung tujuh bulan dan telah dijangkiti COVID-19 dari pesakit di dalam wad.
Siti Aishah dikatakan telah terlantar serta tidak sedarkan diri ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Labuan.
“Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah untuk rakan seperjuangan kami di KSKBSAS, staff nurse SITI AISHAH BINTI MOHD ZAMRI ( Aishah Sienaa ) yang telah kembali ke rahmatullah bersama-sama bayi dalam kandungannya pada 10.45am tadi, di ICU Hospital Labuan.
“Allahyarhamah pregnant 7 bulan, dijangkiti covid dari patient di wad. Semoga Allah mencucuri rahmat dan dikurniakan pahala syahid pada dia.”
Kedua-dua ibu dan anak tidak dapat diselamatkan
Walau bagaimanapun, ajalnya sudah tiba, Siti Aishah telah kembali ke rahmatullah bersama-sama bayi yang sedang dikandung pada pukul 10.45 pagi.
“Staff nurse Siti Aishah binti Mohd Zamri telah kembali ke rahmahtullah bersama-sama bayi dalam kandungannya pada pukul 10.45 pagi tadi di ICU Hospital Labuan.”
Menerusi posting yang telah dimuat naik oleh suami Allahyarhamah di Facebook, Muhammad Iqmal sempat meminta orang ramai agar mendoakan isterinya serta anak pertama mereka yang masih berada dalam kandungan diberi kesembuhan.
“Semoga Allah beri kesembuhan kepada isteri saya dan juga baby kami dalam kandungan. Mohon doa daripada semua untuk isteri saya dan baby kami.”
Rata-rata netizen meninggalkan ucapan takziah di ruang komen Facebook dan mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!