Connect with us

Semasa

Solat Jumaat di Premis Perniagaan, Bapa Mentua Selebriti & 12 Pekerja Dikompaun

Kes jangkitan pandemik di negara kita masih berada di tahap yang membimbangkan menerusi laporan harian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jumlah jangkitan harian yang dicatatkan masih tinggi dan kita disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk membantu memutuskan rantaian pandemik ini.

Menerusi laporan yang dipetik dari Harian metro, Pihak berkuasa telah menahan seramai 12 individu.

Adakan Solat Jumaat berjemaah

Kesemua mereka ditahan apabila disyaki melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan.

Mereka dipercayai telah mengadakan solat Jumaat berjemaah di sebuah premis perniagaan.

Pemilik syarikat itu merupakan bapa mertua seorang selebriti

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak memaklumkan individu yang ditahan terdiri daripada enam lelaki tempatan dan enam lelaki warga asing.

Difahamkan pemilik syarikat pembersihan dan kawalan keselamatan itu merupakan bapa mertua kepada seorang selebriti.

Ketika serbuan 12 lelaki sedang berkumpul

Serbuan ke premis di Taman Nirwana tersebut dilakukan pada hari Jumaat sekitar jam 1.30 tengah hari.

Pemeriksaan mendapati 12 lelaki berada dalam premis sedang berkumpul untuk mengadakan solat Jumaat secara berjemaah.

Pemilik syarikat dan pekerja tempatan dikenakan kompaun

Siasatan mendapati kesemua mereka adalah pekerja di premis itu bagi syarikat pembersihan, kawalan keselamatan dan urusan kargo yang dimiliki warga tempatan.

Pemilik syarikat dikenakan kompaun RM11,500 manakala pekerja tempatan dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang.

Susulan itu, kes ini akan disiasat mengikut Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan.

Selain berkumpul dan tidak menjaga penjarakan fizikal sepertimana dimaklumkan pihak kerajaan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.