Connect with us

Viral

“Standby perahu” Pelamin Depan Kolam Panjang, Bermeter Jauh Jurufoto Ambil Gambar Undang Tawa Netizen

Menjadi seorang jurukamera bukanlah satu perkara yang mudah apathlagi jika kita menjadikannya satu sumber utama untuk mencari rezeki.

Selain perlu mencari ‘angle’ yang sesuai ketika menangkap gambar, lokasi penggambaran juga turut memainkan peranan demi menghasilkan sebuah gambar yang cantik buat kenangan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana abang photographer ini menerima satu tugasan untuk menangkap gambar pengantin di atas pelamin di sebuah lokasi yang agak unik.

Malah lebih istimewa, majlis ini melibatkan dua pengantin kembar lelaki, Adib dan Arif, bersama pasangan mereka, Aisyah dan Amalina.
x

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @Ainyazaltaa, pihaknya terpaksa mengambil gambar pelamin dari jarak beberapa meter jauh gara-gara ada kolam yang terletak di hadapan pelamin.

Bagaimana pun difahamkan, team fotografi Official Studio tersebut telah dimaklumkan dengan lokasi pelamin yang istimewa tesebut dan mereka sudah pun bersiap sedia dengan perlengkapan seperti lensa yang sesuai.

Apa yang lebih melucukan adalah, pihak mereka meletakkan orang tengah untuk memberikan arahan kepada mereka di atas pelamin berkenaan gaya yang patut dilakukan dek kerana lokasi pelamin dan jurufoto yang agak jauh.

“Dalam video tu, saya sedang bertugas untuk menggayakan sesi fotografi seperti beri arahan formal dan gaya bebas, sebab jarak tu tak larat untuk kami jerit”, ujar Ijat.

Pun begitu, oleh kerana kemahiran yang telah digilap team fotografi dan lensa yang sesuai, akhirnya gambar yang dihasilkan sangat cantik dan hebat membuatkan orang ramai terpegun melihatnya.

Video yang tular dan gambar-gambar yang dihasilkan:

Cantik betul gambar-gambar yang dihasilkan! Syabas buat jurufoto yang terlibat!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.