Youtuber Sugu Pavithra mengejutkan orang ramai apabila satu kes membabitkan suami Youtuber masakan terkenal telah ditahan.
Difahamkan, M. Sugu telah dikenakan tahanan reman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Ipoh.
Saluran Youtube Sugu Pavithra dipenuhi komen netizen
Berhubung kejadian berkenaan, ramai yang menganggap kes tersebut membabitkan pasangan S. Pavithra dan suaminya, M. Sugu.
Malah, akaun YouTube rasmi mereka Sugu Pavithra dilihat telah mula dibanjiri dengan komen daripada netizen.
Ramai yang beri kata semangat pada Pavithra
Rata-rata netizen terkejut dengan laporan tersebut dan menganggap kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku.
Walaupun ada yang mengecam tindakan buruk berkenaan, namun dalam pada masa ramai juga yang yang memberi semangat khususnya kepada Pavithra.
Stay strong Pavithra
“Stay strong Pavithra” kata seorang pengguna YouTube.
Malah, ada netizen yang turut memberikan kata-kata semangat kepada M.Sugu dan berharap mereka sekeluarga dalam keadaan yang baik.
Disamping itu, ada juga netizen yang turut berpesan kepada yang lain supaya tidak meninggalkan komen negatif dan memberi ruang kepada mereka sekeluarga.
Pada petang Selasa kira-kira jam 5.54 petang ,suspek dikatakan dalam dibawah pengaruh alkohol telah bertindak menyeraang mangsa ke hospital mencari adik iparnya berkaitan satu masalah keluarga.
Difahamkan, kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan berkenaan berkaitan satu majlis di Ipoh, Isnin lalu.
Diharap kita semua memberi ruang kepada mereka dan semoga segala perselisihan faham yang terjadi dapat diselesaikan.