Penggunaan platform jualan dalam talian semakin popular dalam kalangan pengguna bagi membeli barangan keperluan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.
Para peniaga juga turut mengambil kesempatan ini dengan menjual barangan perniagaan mereka dia setiap platform media sosial.
Namun, dalam keseronokan membeli secara atas talian, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab cuba melakukan penipuan dengan menyasarkan pelanggan dengan bermacam-macam cara dan salah satunya seperti yang dikongsikan oleh wanita ini di mana suaminya hampir menjadi mangsa scammer.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Norashikin Othman memberitahu bahawa suaminya telah membuat panggilan telefon dengannya dan berkata
“Ada Ninja Van nak hantar barang, dah sampai simpang depan perumahan.”
Dia juga minta untuk menyediakan duit sebanyak RM279 kerana pembayaran dibuat melalui Cash on Delivery (COD).
Akan tetapi, dia berasa hairan kerana suaminya bukan seorang yang pembeli tegar online seperti dirinya.
Dia turut bertanya kepada suami dan suaminya berkata dia telah membeli jam.
Katanya lagi, suara suami seperti teruja kerana harga sebenar jam tersebut sebelum promosi ialah RM1,000 lebih.
Dia yang terkejut kerana harganya murah namun teap berasa hairan dan ingin memberitahu bahawa suaminya berpesan untuk membuka bungkusan tersebut terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran kerana suaminya ada menghantar gambar jam.
“Dia minta prepare siap2 RM279 sebab COD. Ibu pun pelik, baba ni orgnya bukan pembeli tegar online mcm ibu. Ibu tanya, abg beli apa ni? Beli jam katanya. Okay lah.
“Suara dia mcm excited kata harga sebelum sale 1k lebih. Ibu mcm dah terdetik murahnya, pastu kenapa COD??? Baba pesan nanti buka dulu sebelum bayar.
“Ibu mcm okay. Cepat2 nak letak, nak pergi ambil duit baba. Baba anta gambar jam.”
Tambahan lagi setelah penghantar Ninja Van sudah sampai, lelaki tersebut terus berkata, “Saya dah telefon suami akak tadi, kata nak hantar barang.”
Dia yang mengiyakan terus bertanya untuk membuka parcel terlebih dahaulu akan tetapi lelaki tersebut tidak membenarkan kerana terikat dengan prosedur kurier.
“Suami akak beli apa ni? Kotak ini ringan sangat, tak macam ada barang,” soal lelaki itu.
Wanita itu memegang bungkusan tersebut dan terus menelefon suaminya untuk oleh kerana bungkusan itu seperti tiada apa-apa.
“Pastu adik NV ckp cuba akak anta gambar kotak ni kat husband akak. Ibu pun buat VC, abg tak boleh buka parcel.
“Tanya beli kat mana? Dia kata kat fb tak ingat bila. Ahh sudah. Pastu ibu letak lah vc.
“Adik NV ckp, kak selalu barang2 drpd crossborder ni scammer kak. Ramai customer yg saya hantar dah kena. Ramai yg kena beli kat fb. Cuba akak tgk kotak ni.
“Ibu pun amek goncang, Ya Allah, mmg ringan takde pape. Yg bunyi mcm plastik angin tu jee. Call baba ckp bang takde benda dalam ni. Ibu tak amek ya.
“Pastu cakap dgn adik NV, dik akak tak amek lah. Risau scammer lah. Takpe kak,bagus akak tak amek. Saya pun risau. Terima kasih ya dik inform.”
Dia juga turut mencari peniaga berkenaan dia Google dan mendapati bahawa itu adalah scammer.
Norashikin turut berpesan kepada pembeli diluar sana agar berhati-hatilah bila menerima parcel seperti itu, lebih-lebih lagi yang COD.
Pada masa sama, dia turut meluahkan rasa syukur kerana Allah telah menggerakkan hatinya dan berterima kasih adik Ninja Van yang prihatin.
“Nak cari duit punyalah payah di musim pandemik ini. Engkau sesuka hati je nak scam orang. Mohon berwaspadalah semua.
“Kita yang muda ini mungkin bolehlah nak buat semakan di Google dulu, tetapi kalau kena orang tua?”