Ashraf Sinclair yang merupakan pelakon popular dan juga usahawan terkenal yang bertapak di Indonesia, dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi.
Suami kepada penyanyi dan juga pelakon popular Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat sakit jantung.
Di dalam laporan mStar, pemergiannya telah disahkan oleh ibunya menerusi aplikasi Whatsapp dengan memberitahu bahawa Ashraf disahkan sudah meninggal dunia.
Ibunya juga memberitahu dalam perjalanan ke Jakarta bagi bersama menantu serta cucunya disana.
Laporan mengenai pemergian pelakon tersebut akan menyusul selepas maklumat tepat diterima. Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga.
Ashraf mula dikenali ramai dengan mengacarakan sebuah rancangan berkenaan filem terkini Box Office Now (ntv7) pada tahun 2005.
Kemudian Ashraf menempa nama sebagai pelakon dengan memegang watak Eddy dalam filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly pada tahun yang sama dan siri televisyen yang menyusulnya pada tahun berikutnya.
Pada tahun 2006 Ashraf mengambil alih tempat Awal Ashaari sebagai hos Beat TV bersama Sazzy Falak di Astro Ria serta digantikan dengan Ezlynn sebagai pengacara Mentor di TV3.
Selain Gol & Gincu the Series, Ashraf juga berlakon sebagai Burn dalam siri Realiti. Pada bulan Ogos 2006 beliau mengacarakan Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA di Putrajaya.
Kini Ashraf mencipta nama sebagai pelakon Indonesia dalam sebuah drama yang berjudul Cinta dan Anugerah.
Drama yang paling mendapat sambutan di Indonesia dengan Nabila Syakieb sebagai heroinnya, Kini Ashraf bukan sahaja menjadi menempah nama sebagai artis Malaysia, tetapi sebagai artis Indonesia juga.
Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah berkahwin pada November 2008 di Jakarta. Mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata, Noah dilahirkan pada 2010.