Connect with us

Viral

Suami Enggan Bergilir Balik Kampung Isteri, Siap Masam Muka Dengan Ipar Duai Buat Netizen Geram

Apabila tiba musim perayaan, sudah pasti ramai yang bergesa pulang ke kampung halaman untuk menyambut raya bersama keluarga tercinta.

Pun begitu, sebagai suami isteri haruslah kita bergilir-gilir untuk pulang ke rumah orang tua mereka namun ada juga segelintir yang enggan bertolak ansur sehingga menyebabkan pergaduhan.

Begitu juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna TikTok @irfan_imelda menceritakan tentang rakannya yang mengadu nasib tentang suami yang mementingkan diri sendiri mencuri perhatian ramai.

“Dapat call dari kawan, macam biasa dia akan mengadu tahun ni balik raya rumah mak suami lagi.. sayu je dengar suara dia.. suami akan bawa balik kampung bila dah raya ke 5 atau raya ke 6..”

“Selalu memang susah nak dapat berkumpul dengan adik beradik dia.. kalau balik pun 1 malam je.. suami buat muka ketat.. bergaul dengan ipar duai pun taknak.”

“Pernah dulu diorang balik penang (belah isteri), tapi mak suami pula asik call tanya bila nak balik mak nak sambut raya sama-sama. Balik la, semua adik beradik ada kat rumah mak”

Isteri banyak makan hati dengan sikap suami

“Besoknya raya, abis raya pertama, malam tu suami dah ajak balik Johor (Belah suami) sebab taknak kecewakan hati mak dia.. tapi hati isteri dah banyak kali terluka dengan sikap tidak adil suami”

“Bukan tak pernah berbincang tapi si suami masih tetap akan dahulukan family dia”

Suami isteri kena adil, ibu bapa kena faham

“Guys.. suami isteri kena berbincang.. sepakat dan berlaku adil.. macam mana kita seronok balik berkumpul di rumah mak ayah kita.. macam tu juga pasangan kita..”

“Ibu bapa juga kena faham jika anak dah berumah tangga mereka ada kehidupan mereka sendiri.. jangan sampai menantu merasa seperti dipisahkan dengan keluarga sendiri atas sikap kita yang pentingkan diri..”

Video yang tular di laman TikTok:

@irfan_imelda Pause kalau nak baca..harap member sis ni byk2 bsabar. #balikraya #suamiisteri ♬ original sound – Kakpikah – Tiyascarves

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 331.1K tontonan,21.8K tanda suka, 2514 komen dan 1901 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen,rata-rata warga netizen geram dengan sikap suami yang mementingkan diri sendiri dan menghiraukan perasaan pasangan.

Antara komen warga maya:
“semua mula dr tahun 1st kawin.. kalau mula2 bertegas in shaa Allah boleh bergilir.. biar kita jht awal jgn dh mkn hati baru nk sedar”

“11 tahun setiap hari raya saya balik rumah suami. Kalau x mmg ketat muka. Skrg saya single. Bahagia boleh balik raya umah family tiap2 tahun”

“Susah kalau mertua guna DERHAKA card.. utk push anak lelaki balik. Kesian wife makan hati.. suami kna bertegas utk keadilan isteri”


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.