Connect with us

Semasa

Suami Isteri Bina ‘Rumah Makan Percuma’ Untuk Semua Orang Makan Percuma

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, pelbagai bantuan diberikan kepada orang ramai yang memerlukan dari pelbagai pihak.

Rumah Makan Percuma 

Selain itu, pasangan suami isteri di Alor Setar ini mengambil inisiatif menyediakan makanan percuma bagi membantu meringankan beban orang ramai yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Restoran ‘Rumah Makan Percuma’ yang diusahakan Jaffri Ahmad, 56, dan Mazlina Makaruddin,53, menyediakan makan tengah hari percuma kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama dan status.

Menurut Jaffri, dia merancang melakukan kerja amal itu bersama isterinya sejak sekian lama namun tertangguh akibat sibuk dengan urusan perniagaan.

Ini masa yang sesuai melakukan kerja amal

Ujarnya lagi, hasrat mereka direalisasikan segera selepas melihat ramai terkesan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Idea sudah lama, sebab setiap kali kami menunaikan umrah, masyarakat di sana berlumba-lumba untuk memberi makan percuma”.

“Apabila Covid-19 melanda negara, ramai yang susah dan saya rasa ini adalah masa yang paling sesuai untuk melakukan kerja amal ini”.

Makanan yang disediakan untuk 200 orang

“Saya hanya beri tempoh seminggu kepada pasukan saya untuk pastikan program ini berjalan dan Alhamdulillah hari ini ia terlaksana” lapor Harian Metro.

“Makanan disediakan untuk 200 orang dan mereka akan menerima kad nombor giliran bagi membolehkan mereka mengambil makanan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pembukaan Rumah Makan Percuma di Simpang Empat, hari ini

Beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang

Sementara itu, Mazlina yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat Ayam Bismi Sdn Bhd berkata, rumah makan percuma itu beroperasi pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang setiap hari Isnin hingga Sabtu.

Katanya, modal sebanyak RM30,000 dikeluarkan bagi melakukan kerja amal berkenaan.

“Antara menu yang dihidangkan sekarang ialah nasi putih, ayam dan sayur pelbagai jenis masakan serta air”.

Kami akan lihat sambutannya macam mana

“Kami akan lihat dahulu sambutannya macam mana, kalau bagus mungkin selepas ini kita akan tambah jumlah orang untuk datang makan di sini,” katanya ibu kepada empat anak itu.

Semoga rumah makan percuma ini dapat meringankan beban orang ramai yang terkesan dan diharap ia dapat dimanfaatkan dengan baik oleh orang ramai.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.