Connect with us

Viral

Suami Isteri Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja Cedera Parah Dirempuh Vellfire, Pemandu Lesap!

Sejak kebelakangan ini makin banyak kes kemalangan melibatkan pengguna jalan raya yang tidak bersalah.

Iospital phone repair gombak

Lebih mengecewakan, disebabkan kecuaian orang lain, orang lain pula yang terpaksa menanggung kesakitan.

“Sebelum ini hanya baca kisah macam ni, tapi bila berlaku dekat ahli keluarga sendiri, memang tak boleh nak diterima.”

Begitulah ungkapan seorang ahli keluarga kepada sepasang suami isteri yang cedera parah selepas menjadi mangsa langgar lari.

Muhammad Helmi, 38, menceritakan semula kemalangan yang menimpa adik ipar dan birasnya pada pagi Jumaat berhampiran Plaza Tol Jalan Duta.

Menurut Helmi, pasangan itu dalam perjalanan menuju ke tempat kerja sebelum dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna putih.

Lebih teruk, pemandu tidak memberhentikan kenderaan malah melarikan diri meninggalkan pasangan berkenaan bergelimpangan di atas jalan raya.

Susulan kejadian, Helmi berkata adik iparnya, Nur Afiqah Sukardi, 35, patah lengan kiri dan tulang pelvis termasuk luka pada beberapa bahagian muka dan badan.

Sementara birasnya, Mohd Fauzan Baseri, 35, patah bahu kiri dan cedera teruk di kaki, lutut dan tangan.

“Buat masa ini adik ipar, Nur Afiqah yang kini dirawat di Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur berada dalam keadaan stabil. Dia akan menjalani pembedahan pada lengan kiri pada pagi Ahad.

“Sekitar tiga atau empat hari kemudian, doktor akan lakukan x-ray untuk tengok keadaan tulang pelvisnya. Pembedahan akan dilakukan bergantung kepada keputusan x-ray.

“Biras saya pun sudah menerima rawatan. Alhamdulillah dia sudah dibenarkan pulang dan kini sedang berehat dekat rumah.

“Kasihan anak mereka yang sulung berusia lapan tahun kerana sering menangis sebab bimbang apa-apa terjadi kepada mama dan papanya. Anak kedua mereka berusia lima tahun masih belum mengerti sangat apa yang berlaku,” kongsinya.

Terdahulu, Helmi membuat hebahan di media sosial meminta bantuan mana-mana pihak yang mempunyai rakaman video dashcam atau menyaksikan kemalangan berkenaan tampil memberikan keterangan.

Tambah Helmi, setakat malam Sabtu, masih belum ada petunjuk positif mengenai kejadian tersebut.

“Cuma adik ipar saya cakap, ada orang beritahunya dia ada rakaman kemalangan tapi keretanya masuk bengkel sehingga Isnin ini. Jadi kena tunggu. Keluarga kami harap itu rakaman kejadian yang kami maksudkan,” katanya.

Helmi turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap pemandu yang enggan bertanggungjawab atas kemalangan menimpa dua ahli keluarganya.

“Bukan apa, kami kecewa sebab masih ada orang macam ni yang tak nak bertanggungjawab. Mujur mereka masih panjang umur. Bayangkan kalau nasib tak baik, ada yang langgar ketika mereka terjatuh macam mana?

“Biras saya sangat berhemah… jenis berhati-hati sejak dari dulu saya kenal dia. Bila jadi macam ni, dia sendiri fobia. Sepanjang ulang alik Gombak ke Shah Alam, ini kali pertama mereka accident teruk.

“Saya minta satu saja, minta tolong sangat kepada sesiapa yang ada video dashcam, tolong share dekat kami,” rayunya.

Continue Reading
Advertisement