Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial berkenaan seorang wanita yang didakwa meninggalkan suami dan anaknya yang berusia 3 tahun semata-mata kerana terpikat dengan jejaka di dalam permainan atas talian PUBG.
Menerusi laporan yang dipetik daripada Astro Awani, wanita yang berusia 22 tahun itu dikatakan telah keluar daripada rumah secara bersendirian dengan menaiki motosikal pada 31 Mei yang lalu.
Menurut suaminya, Apis memaklumkan sejak daripada itu isterinya telah menghilangkan diri dan keberadaannya juga gagal dikesan sehingga kini.
Difahamkan, ianya merupakan kali kedua kejadian seperti ini berlaku dalam rumah tangga mereka. Sehari sebelum isterinya itu melarikan diri, Apis mengaku bahawa berlakunya pertengkaran antara mereka berdua.
“Ini kerana dia asyik dengan permainan atas talian PUBG dan berkenalan dengan seorang lelaki yang mungkin mempengaruhinya sehingga bertindak sedemikian.”
Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Afandi Hussin mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan mereka kini sedang mengesan keberadaan wanita terbabit.
Terbaru, seorang pengguna Facebook membuka mulut berhubung kemelut rumah tangga wanita tersebut dengan mengatakan bahawa wanita itu pulang ke rumah saudaranya setelah tidak tahan dengan perangai suaminya.
Menurut sumber berkenaan, suaminya didakwa kemaruk bercinta dengan wanita lain membuatkan isterinya melarikan diri.
Malah, isterinya juga dikatakan bakal membuat laporan polis berhubung perkara ini bagi membersihkan namanya.
Selain itu, isterinya dikatakan tidak tahan dengan sikap suaminya dan bertekad untuk melarikan diri ke rumah saudara.
Seorang pengguna Twitter dipercayai sepupu kepada wanita itu turut mendakwa suaminya itu tidak memberi nafkah kepada keluarga serta dikatakan seorang kaki pukul.
Selain itu, suaminya dikatakan mempunyai wanita lain dan sering berkomunikasi melalui Facebook. Hal ini menyebabkan si isteri tidak tahan dengan perangai suaminya dan dipercayai melarikan diri ke rumah saudaranya.
Antara mesej yang didakwa milik si suami dengan wanita lain
Rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan tersebut dan berharap pihak polis berkuasa dapat menyiasat kebenarannya agar tiada pihak teraniaya.