Connect with us

Viral

“Suami pandang tak berkelip” Pengantin 50 Tahun Awet Muda Jadi Perhatian

Tidak dinafikan, dengan solekan wanita akan lebih ‘confident’ untuk berdepan dengan masyarakat.

Dalam pada masa yang sama, solekan juga dapat membuatkan wajah seseorang lebih muda daripada usia.

Biarpun begitu, ada juga yang pandai menjaga wajah sehinggakan pada usia 50 pun masih tampak seperti 30an! Wahh, hebat sungguh!

Sama juga seperti video yang tular baru-baru ini di applikasi Tiktok dimana seorang wanita yang  sudah berusia nampak ‘fresh’ dan berseri-seri di hari bahagianya.

Tidak kisah lah itu perkahwinan pertama ataupun kedua, kalau dah memang sejenis wanita yang menitik beratkan kesihatan kulit, pasti tetap akan naik juga serinya!

Menerusi video yang dimuat naik @@nurindahklatey, memaparkan rakaman seorang wanita berumur 50 tahun tampil dengan sangat cantik di hari pernikahannya telah mencuri tumpuan ramai.

Video berdurasi 20 saat itu juga menyaksikan ibu gadis tersebut baru saja selesai majlis pernikahannya namun apa yang menarik perhatian ramai adalah wajahnya yang awet muda dan sangat cantik persis anak dara.

“Umur my mom 50 tahun tau tapi memang dia jaga kulit. jealous la” kata anaknya menerusi kapsyen di dalam video tersebut.

Apa yang membuatkan netizen bertambah ‘cair’ apabila suaminya juga dilihat sangat terpegun dengan kecantikan si isteri dan memandangnya tidak berkelip semasa rakaman mereka diambil oleh anaknya di atas pelamin.

Siapa sangka, ketika artikel ini ditulis video tersebut telah mencecah 737.1k tontonan, 50.8k tanda suka, 2801 komen dan 2323 perkongsian di applikasi TikTok.

“My mum kawin.. i cry sebab dia cantik daripada anak-anaknya”

@nurindahklatey My mum kawin😭😭😭 i cry sebab dia cantik drp anak2 nya🤣😂 #kahwincheck #kahwinpkp ♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

“Nampak sangat husband tu mencintai isterinya, semoga berbahagia hingga hujung nyawa” – Netizen

Meninjau di ruangan komen rata-rata memuji kejelitaan ibu kepada gadis ini dan masing-masing mendoakan agar masjid yang dibina kekal sehingga akhir hayat.

“Suami sebelah tengok tak berkelip”

“Cantik di usia”


“Ni baru betul.. takyah tanya.. tengokkk.. cantik takkkkk?”

“Tips awet muda please”

“Umur bukan penghalang untuk bahagia.. moga kekal”

“Tahniah buat mak awak.. pasangan pun segak”

“The way dia tengok isteri dia…”

“Cantik, nampak muda lagi”

“Omg she so pretty”

“Cantik sangat your mom”

Betul bak kata orang, ‘less is more’, solekan ibu gadis ini simple sahaja tapi nampak betul seri di muka pengantin!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.