Connect with us

Viral

Suami ‘Pergi’ Tinggalkan Hutang Ratusan Ribu, Semua Harta Diwasiat Kepada Ibu Mentua

Wanita mana yang mampu menahan kesedihan apabila suami tersayang pergi buat selama-lamanya.

Jika sebelum ini si isteri mempunyai tempat untuk bergantung, namun pemergian suami membuatkan dunia menjadi gelap gelita dan hidup seolah-olah hilang punca.

Sebagaimana nukilan seorang isteri ini di laman Facebook, dia berkongsi keperitan kisah hidupnya membesarkan lima anak sejak suami kesayangan meninggal dunia, setahun lalu.

Gaji suami RM20,000

Menurut wanita ini, mereka sekeluarga hidup bahagia dan boleh dikategorikan sebagai ‘keluarga yang senang’ memandangkan arwah suaminya sebelum ini bekerja di pelantar minyak, manakala dirinya sendiri merupakan seorang pegawai di jabatan kerajaan.

“Gaji (suami) mencecah RM20,000 setiap bulan, gaji saya pula RM5,000. Suami bekalkan bayaran bulanan cuma tak ada la memenuhi keperluan sebulan tapi saya faham yang suami perlu menanggung ibu bapa dan adik-adiknya.

Semua harta jadi milik anak dan ibu

“Bagaimanapun selepas kematian suami saya, tidak disangka, suami mewasiatkan segala harta kepada anak dan ibunya. Untuk saya dapatlah simpanannya yang tak sampai RM10,000,” ceritanya.

Apa yang membuatkan wanita ini agak tertekan apabila saban hari pihak bank akan menghubunginya bagi menuntut hutang yang ditinggalkan arwah suami.

Hutang suami terlalu banyak

“MasyaAllah… hutang suami saya mencecah RM300,000 termasuk kad kredit, pinjaman, kereta, rumah dan lain-lain. Dengan apa saya mahu bayar?

“Saya hanya meneruskan pembayaran rumah dan hutang-hutang arwah dan hutang saya sendiri. Rumah inilah tempat saya berteduh dengan anak-anak.

“Saya cuba menuntut pada ibu mentua untuk meringankan bebanan. Bukan tidak dibagi tapi RM500 bulanan tak mampu nak membiayai anak-anak sekolah, makan minum apatah lagi hutang.

“Saya begitu sedih,” ujarnya.

Terpaksa daftar AKPK

“Saya terpaksa berdaftar ke AKPK walau hakikatnya hutang tu bukan dibuat oleh saya. Simpanan ASB saya bukan digunakan untuk anak-anak sebaliknya hutang suami.”

Menurutnya wanita ini lagi, kehidupannya bersama anak-anak berubah sekelip mata sehingga terpaksa bergolok gadai demi membayar hutang dan kelangsungan hidup.

“Saya terpaksa berdaftar ke AKPK walau hakikatnya hutang tu bukan dibuat oleh saya. Simpanan ASB saya bukan digunakan untuk anak-anak sebaliknya hutang suami. Setiap bulan perbelanjaan wajib saya beli beras, mihun, biskut, susu, pampers, telur.

Pesanan buat suami di luar sana

“Anak saya turut sedih bila hari-hari perlu makan telur. Itu je saya mampu. Untuk sang suami di luar, tolong fikirkan semula bila mewasiatkan penama. Fikirkan siapa yang bersusah payah waktu hidup bersama. Fikirkan nafkah mana perlu didahulukan.

“Jangan biarkan isteri menanggung hutang. Cukup pengalaman saya, bukan untuk memburukkan arwah tapi sebagai pengajaran untuk kalian di luar sana. Saya tetap sayangkan arwah suami saya. Itulah syurga saya,” ceritanya lagi.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita tersebut dan mendoakan agar dipermudahkan segala urusannya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.