Connect with us

Viral

Suami Sanggup Main Kutu Untuk Hadiahkan Isteri Gelang Emas Tanda Pengorbanan Isteri

Tidak mudah tugas sebagai seorang isteri yang menjaga rumahtangga dan menyediakan kelengkap suami dan anak-anak

Tidak kira samada isteri anda bekerja atau surirumah sepenuh masa. Kedua-duanya mempunyai rutin yang berbeza mengikut keperluan masa.

Betapa bertuah seorang isteri apabila dikurniakan seorang suami yang memahami dan menghargai segala pengorbanan isteri.

Kadang kala isteri tidak meminta wang ringgit cukuplah sekadar tanda suami menghargai isteri dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

Satu kisah telah tular di laman sosial apabila seorang suami sanggup menyimpan wang dengan bermain kutu untuk menghadiahkan isterinya seutas gelang tangan emas.

Gelang emas itu akan dihadiahkan sempena anniversary perkahwinan mereka. Isteri tidak meminta-minta gelang emas tersebut.

Gelang tersebut dihadiahkan oleh suami tanda menghargai penat lelah isteri tercintanya selama ini menguruskan rumah tangga mereka.

Mari lihat perkongsian saudara Mohd Fadli Salleh yang begitu menghargai pengorbanan isterinya dan sanggup menyimpan duit untuk membeli hadiah istimewa itu.

Aku perasan, gelang emas pandora yang aku belikan pada puan isteri tahun lepas, jarang dia pakai. Aku pun tanya lah,

“Kenapa jarang pakai gelang tu?”

“Gelang tu nanti saya pakai bila anak dah besar sikit. Saya suka gelang tu. Tapi susah bila anak kecil ni. Boleh luka anak pula,” balas puan isteri.

Aku angguk je lah. Dah dia kata gitu. Sampai satu masa, puan isteri ada bertanya,

“Bang. Kalau kita trade in gelang tu kemudian ambil gelang lain okey ke tak?”

“Terpulanglah. Abang tak kisah. Tapi bukan awak suka gelang tu ke?” tanya aku balik.

“Suka tu memang suka. Tapi dah jarang pakai. Baik tukar yang lain. Nantilah saya simpan duit sikit-sikit. Ada rezeki saya tukar lain bang ya. Tukar yang selesa pakai sikit,” balas puan isteri.

Aku angguk kepala sahajalah. Nak kata apa.

Namun sejak dari itu aku dah set nak kena hadiahkan dia satu hat baru ni. Tambah-tambah anniversary kami bulan Jun.

Nak bayar sedebuk sesak juga. Maka aku main kutu. Hihi.

Ya main kutu dengan kawan-kawan Fb. 4 slot aku ambil setiap bulan tau dengan dua orang berbeza. Satu slot RM100 ja. Bukan kutu kategori orang ada-ada. Ni kutu kategori rakyat marhein ja.

Punya la merancang nak bagi hadiah kat isteri sampai main kutu.

Hari ini aku ajak puan isteri pergi redeem baucher BATA. Beli kasut untuk anak-anak kata aku. Untuk dia pun dapat sekali.

Keluar dari kedai BATA aku tarik masuk Kedai Emas Hj Yunus ni. Kedai ni la aku selalu bawa puan isteri biasanya. Banyak pilihan dan harga berpatutan.

“Eh nak ke mana ni bang?” tanya isteri bila aku tarik ke kedai emas. Mulut dah senyum simpul dah. Ah perempuan. Gitu la deme nih. Buat-buat tak tahu kan?

“Meh la tengok-tengok gelang. Cari yang selesa awak pakai,” ujarku.

Bersinar mata puan isteri.

Aku lepaskan dia pergi memilih mana yang dia berkenan. Bila nampak susah dia nak pilih sebab ada baby Ali atas dukung, anak aku dukung pula.

Ha, pergi la pilih dengan bebas.

Usai memilih dia panggil aku.

“Bang, yang pattern jagung ni cantik juga kan?”

Aku angguk kepala dan mengiyakan.

“Kak. Kalau saya tolak gelang ini tukar dengan hat tu berapa kena tambah?” tanya puan isteri pada tuan kedai.

Baru tuan kedai nak pegang gelang emas puan isteri, aku cakap,

“Tak payah tolak hat ni. Simpan. Pakai sesekali. Lagi pun cantik pattern pandora tu. Ambil je yang baru ni. Abang hadiahkan sempena anniversary nanti,” kataku pada puan isteri.

Puan isteri pandang aku dengan terharu. Dia genggam tangan aku dan tanya,

“Tak apa ke? Abang ada duit ke?”

“Ada. Abang dah sediakan lama dah untuk awak,” balasku.

Tuan kedai memerhati drama ini dalam senyuman. Nasib baik bulan puasa. Dalam kedai orang pula. Kalau takkkkk… Haha.

Hari ini, puan isteri aku senyum sepanjang perjalanan pulang. Tu tengah buat air untuk berbuka pun dengan senyuman.

Untuk melihat senyuman itu, aku rela menyorok derita. Untuk membuat isteri dan anak-anak bahagia, aku rela melakukan apa sahaja.

Kerana beliaulah wanita kedua yang setia bersama aku saat jatuh bangun dan sukar senang selain ibuku yang mulia.

Untuk dia dan anak-anak, aku rela persembah nyawa. 

#MFS
– Cinta yang menghidupkan –

Semoga pasangan bahagia ini kekal sehingga hujung nyawa. Semoga lebih ramai suami yang menghargai dan mengasihani isteri serta menjadikan pasangan ini inspirasi untuk anda lebih menghargai pasangan hidup anda.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.