Connect with us

Viral

[VIDEO] Suami Diseret Kereta Nak Selamatkan Isteri Hamil 8 Bulan, Wanita Ini Luah Rasa Rindu

Manusia hanya mampu merancang, Dia yang menentukan segalanya. Walaupun pahit untuk ditelan, namun tiada siapa mampu mengubah takdir yang telah tertulis.

Bukan mudah menerima pemergian insan tersayang, namun demi anak-anak tercinta bersama arwah suami, wanita ini nekad untuk meneruskan hidup.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah kisah wanita ini yang bangkit menggalas tugas menjadi ketua keluarga selepas pemergian suami tercinta.

Dialah ibu, dialah bapa

Perkongsian seorang ibu kepada tiga cahaya mata dikenali sebagai Najwa Karim di laman TikTok telah menarik perhatian umum.

Video yang dikongsikan telah berjaya membuatkan rata-rata netizen berasa sedih dan simpati dengan nasib yang menimpanya.

Tetap cekal dan tabah demi anak-anak

Walaupun tanpa kehadiran suami di sisi, dia tetap cekal menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa kepada anak-anaknya.

Kisahnya bermula, apabila wanita ini yang sedang mengandung lapan bulan terlibat dalam sebuah kecelakaan jalan raya ketika menaiki motosikal bersama arwah suaminya.

Suaminya diseret kerana cuba untuk selamatkan dirinya dan kandungan

Ujar ibu muda ini lagi, arwah suaminya diseret kereta berikutan cuba untuk selamatkan dirinya (wanita) dan anak yang dikandungnya.

Susulan kejadian tersebut, suaminya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wanita ini melahirkan anak ketiganya secara czer tanpa kehadiran suami di sisi.

Mama terselamat kerana ayah

Semua orang akan ada kisah hitam yg menyelubungi hidup kita. Jodoh kami tak menyebelahi di dunia. InsyaAllah di syurga dia menanti.

Ketika kejadian Yusuff dalam kandungan 8 bulan, mama dengan ayah terlibat dalam satu kecelakaan jalan raya.

Tapi ayah diseret kereta

Mama terselamat dalam ketika itu kerana ayah, tapi sebab ayah nak selamatkan kita, ayah telah diseret kereta.

Walaupun badannya masih belum kuat selepas menjalani tempoh berpantang, wanita cekal tetap menunaikan janji untuk menjaga arwah suaminya.

Akhirnya suaminya pergi mengadap Ilahi

Disebabkan kejadian tersebut, suaminya hanya mampu terlantar di katil dan memerlukan penjagaan.

Bagaimanapun, atas persuratan takdir wanita ini perlu reda dan akur suaminya meninggal dunia dan pergi menghadap Ilahi.

Hasrat ayah nak jadi suami mama sampai dia tutup mata

Lepas mama habis pantang, mama terus jaga ayah. Mama tunaikan hasrat ayah nak jadi suami mama sampai dia tutup mata.

Walaupun ayah mampu buka mata, tapi ayah tak mampu bangun. Menguruskan ayah adalah satu rezeki bagi mama. Sehingga satu saat Allah lebih sayangkan ayah.

Kini, Yusuff dan besar. Satu hari Yusuff akan tahu cerita di sebalik pengorbanan ayah untuk Yusuff.


Kerana ayah, mama jadi kuat untuk teruskan hidup

Oleh kerana pengorbanan yang dilakukan oleh ayah, mama masih hidup dan kuat untuk terus hidup demi anak-anak ayah.

Bercerita lebih lanjut, sebelum kejadian arwah suaminya sempat memberikan ‘petanda-petanda’ terakhir seolah-olah tahu akan terlibat dalam kemalangan.

“Abiy taknak makan, tapi saya paksa abiy makan bersama. Kita makan berdua dan kongsi air dalam cawan yang sama.”

“Sampai di bukit abiy pesan jangan turun kaki awak walapun apa yang terjadi. Tiba-tiba satu van sekolah dari arah bertentangan meluru laju dan bergesal dengan side mirror abiy.”

Semoga menjadi anak-anak yang baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini.

@najwakarim96Semua orang akan ada kisah hitam yg menyelubungi hidup kita. Jodoh kami tak menyebelahi di dunia. In shaa Allah di syurga dia menanti. ##mamamuda ##fyp♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Mereka juga mendoakan agar wanita ini terus kuat dalam membesarkan anak-anak yang ditinggalkan arwah suami.

@najwakarim96MEMAAFKAN ITU ADALAH SENJATA yang paling kuat untuk tetap sabar dan tabah.

♬ Kamu dan Kenangan – Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 – Maudy Ayunda

BACA: Pakaikan Emas Nak Elak Kerap Sakit, Ibu Tergamam Anak Tertelan Emas & Tersangkut di Perut

Semoga anak-anak ini membesar menjadi anak yang baik dan menjaga ibu mereka sebaik mungkin.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.