Connect with us

Viral

Suami Tak Sangka Isteri Tiba2 Berselera Nak Makan Rupanya Tanda Nak ‘Pergi’

Kehilangan seseorang yang sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita nyatanya bukan mudah. Lebih-lebih lagi untuk pasangan yang sudah berkahwin dan mempunyai anak bersama.

Iospital phone repair gombak

Seseorang itu akan mengambil masa yang lama untuk merawat luka di hati dan cuba untuk membiasakan diri tanpa yang sudah pulang ke negeri abadi. Bagaimanapun kita perlu reda dengan ketentuan Allah.

Baru-baru ini tular satu video di mana seorang suami menyuap isterinya untuk kali terakhir. Video berbaur sebak itu berjaya menyentuh hati netizen.

Menurut kapsyen yang dibuat pada video TikTok lelaki bernama Eyjat itu, dia tidak menyangka permintaan isterinya, Bella supaya disuapkan nasi akan menjadi kenangan terakhir antara mereka.

Eyjat menyangka pada malam itu Bella semakin pulih daripada sakitnya apabila berselera dan mahu makan banyak, malah dia diminta menyuapkan nasi.

“Arwah selera makan malam tu rupanya itulah makan terakhir dia.

“Dalam hati terdetik kata ‘isteri aku dah semakin sihat’ rupanya hanyalah untuk buat kita ingat dekat dia yang itu adalah perubahan diri dia yang kita tak nampak.

“Patut banyak kali arwah tanya suapkan boleh?” tulis Eyjat.

Menurut Eyjat yang menjaga Bella bersama ibunya, setelah selesai makan isterinya memberitahu mahu ke bilik mereka untuk berehat. Setelah Bella ‘pergi’, dia percaya isterinya mahu meluangkan saat-saat terakhirnya di bilik tidur mereka.

“Lepas makan tu dia request nak masuk baring dekat dalam bilik kami sekejap sebab masa dia sakit tu kami duduk dalam bilik dekat dengan mak sebab senang mak nak pantau dia masa saya tak ada.

“Rupanya dia nak nikmati sisa kenangan dalam bilik tu untuk kali terakhir seolah-olah macam tahu itu adalah malam terakhir dia dalam bilik kami.

“Esoknya tepat pukul 2.10 petang Bella menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan, dalam pelukan saya,” katanya.

Bella meninggal dunia dalam keadaan tenang setelah segala permintaannya ditunaikan. Punca kematian adalah disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

Video yang tular di laman TikTok

@eyjatghazali Malam terakhir arwah bella,sempat suap nasi untuk arwah,,arwah selera makan mlm tu rpanya itulah makan terakhir arwah..dlam hati terdetik kata wife aku dah semakin sihat rpanya hanyalah untuk buat kita ingt dkat dia yg itu adalah perubahan diri dia yg kita tak nmpak..patut bnyk kali arwah mintak suapkan boleh..lpas mkn tu dia request nak masuk baring dkat dlam bilik kami sat. Sbb masa dia sakit tu kami duduk dlam bilik dekat dgn mak sbb senang mak nak pantau dia masa saya takdak..rupanya dia nak nikmati sisa kenangan dlam bilik tu untuk kali terakhir seolah2 mcm dia tau tu adalah mlm terakhir dia dlam bilik kami..esoknya tepat pukul 2.10 minit ptg bella menghembuskan nafasnya yg terakhir di pangkuan saya dlam pelukan saya dia meninggal dlam pelukan saya..syg ampunkan segala dosa2 b,syg halalkan segala mkn minum b,apa jadi dkat b syg redho,,sempat saya bisikkan dkat telinga arwah semasa saat akhir hayat dia..alfatihah @Nabella Azman ♬ bunyi asal – eyjatghazali

Continue Reading
Advertisement