Connect with us

Viral

“Suami sekarang izinkan,” Wanita Kongsi Video Kenangan Arwah Suami Dahulu Jadi Perbualan Netizen

Ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Sama seperti wanita cekal yang dikenali sebagai Izah ini dimana tanggal 12 Februari 2012 pasti merupakan tarih yang tidak dapat dilupakan sehingga ke hujung hayat.

Memetik laporan mStar, pada tarikh keramat itulah berlakunya tragei hitam dimana suaminya, Abdul Rahim meninggal dunia kerana terbabit dalam satu nahas membabitkan kereta dan lori ketika dalam perjalanan menghantar rakan, di Jalan Pontian-Kukup, Pontian, Johor.

Walaupun peristiwa pahit tersebut berlaku pada 10 tahun berlalu, namun ia sama sekali tidak luput daripada memori wanita ini apatah lagi ketika itu, dia dan suami sudah lapan tahun menjalani hidup bersama dan dikurniakan tiga cahaya mata.

“Saya simpan keratan akhbar berita kematian arwah suami sampai sekarang. Masa arwah meninggal dunia, anak-anak saya kecil lagi iaitu tujuh tahun, lima tahun dan setahun lebih. Hanya yang sulung saja tahu membaca.”

“Saya simpan ia sebagai kenangan dan mahu bagi anak-anak baca bila mereka dah besar.”

“Tanggal 12 Februari baru-baru ini genap 10 tahun pemergian arwah dan saya kongsi satu video mengenai tragedi itu di TikTok kerana nak mengimbas kembali detik duka itu,” kata wanita berusia dalam lingkungan 40an ini.

Mengimbas semula memori duka tersebut, dia menerima panggilan sekitar pukul 3 pagi daripada adik ipar memaklumkan suaminya kemalangan.

“Adik ipar tak beritahu keadaan suami dan hanya minta saya ke hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital, saya berdoa moga tiada apa-apa yang serius.”

“Tapi bila sampai, saya boleh agak situasi arwah agak teruk sebab ahli keluarga menangis dan lihat petugas hospital pun kalut. Apabila diberitahu suami meninggal dunia, rasa macam kaki tak jejak tanah. Kosong dan tergamam,” ceritanya yang kini menetap di Kuala Lumpur.

Mengakui ianya bukan satu benda yang mudah untuk ditelan, namun dia tetap cekal bangkit semula walupun mengambil tempoh yang agak lama untuk menerima segala ketentuan.

Dia pada ketika itu hanya memikirkan untuk membesarkan tiga orang anak perempuan dan tidak terlintas langsung untuk mencari pengganti.

Namun siapa sangka, sudah merupakan takdir tuhan dimana dia dipertemukan oleh seorang lelaki yang mampu menerima diri dan anak-anaknya dengan hati terbuka, dua tahun selepas pemergian arwah suami.

“Kami hanya berkawan biasa, tapi tengok penerimaannya, caranya dengan anak-anak, saya terbuka hati. Sebelum ambil keputusan untuk berkahwin semula, saya fikir anak-anak.”

“Bagi saya, kalau ada jodoh, biarlah Allah temukan dengan orang yang terima anak-anak. Allah makbulkan permintaan itu. Tak perlu berharta, cukup dapat terima anak-anak sebab anaklah harta saya.”

“Sepanjang lapan tahun hidup dengan suami baru, anak-anak tak anggap dia macam bapa tiri. Macam bapa kandung juga. Apa-apa tak dapat dekat saya, mereka minta pada ayah.”

“Saya selalu bercerita dengan mereka pasal arwah sampai sekarang. Setiap kali balik kampung di Pontian, kami pasti ke kubur. Kadang-kadang bila lama tak balik, mereka yang request nak pergi kubur,” ujarnya yang dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan keduanya.”

Video yang tular di laman TikTok:

@azizahduni 12022012-12022022 #hanya rindu #alfatihahbuatmu ♬ original sound – Papa Khai®️ KnZ – papakhai@KNZ

“Tapi ada pula yang komen seolah-olah saya tak jaga hati suami sekarang. Sebenarnya, suami saya yang benarkan buat perkongsian itu.

“Dia tahu arwah pernah hadir dalam hidup saya dan kini arwah telahpun di negeri abadi.”


“Dia juga yang selalu nasihatkan saya agar tak lupa selit doa untuk arwah setiap kali solat.”

“Ada juga yang komen soal bertemu pengganti. Jujurnya, jodoh di tangan Tuhan… siapa kita nak menidakkan ketentuan Tuhan?”

“Saya bersyukur kerana Allah hadirkan insan yang baik selepas arwah. Ada yang komen, nanti tak boleh dah jumpa arwah di ‘sana’ sebab kahwin lain. Tapi saya tetap berdoa, moga ada peluang untuk bertemunya di sana kelak,” katanya lagi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.