Pengorbanan seorang isteri besar dalam membantu mensejahterakan keluarga samada isteri anda seorang surirumah mahupun seorang wanita bekerjaya. Bagi wanita yang bekerja, dirumah dia adalah tetap isteri dan ibu kepada anak-anaknya walaupun diluar dia merupakan seorang bos ditempat kerja.
Tiada perbandingan diantara siapa yang lebih penat menguruskan rumah tangga samada surirumah atau isteri yang bekerja kerana kedua-duanya memikul tanggungjawab yang besar didalam sebuah keluarga. Surirumah menghabiskan masanya dirumah untuk memastikan segala urusan sempurna dan lancar.
Namun begitu, tidak mudah untuk seorang wanita bekerjaya membahagikan masa bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan rumah tangga supaya segalanya berjalan dengan lancar.
Tiada istilah siapa lagi penat samada isteri atau suami, kerana jika saling bantu membantu keduanya-duanya berkorban masa dan tenaga dalam mensejahterakan sebuah keluarga.
Mari kita lihat luahan rasa seorang suami untuk isteri yang bekerja dari saudara Firdaus Shakirin ini.
Luahan Seorang Suami Untuk Para Isteri
“Isteri yang bekerja”.
Rumahnya mungkin tidak sekemas rumah mereka yg menjadi surirumah sepenuh masa. Pakaian suami dan anak2-anak mungkin tidak dibasuh, dilipat dan diseterika setiap hari. Dapurnya mungkin tidak berasap sepanjang masa kerana dia bekerja, dia keluar pagi balik petang.
Ada juga yang dah malam baru smpai rumah.
Sederhanakanlah tuntutan anda sebagai suami terhadapnya…dia keluar mencari rezeki utk mengurangkan dan meringankan beban anda. Dia sedang membantu memperbaiki ekonomi keluarga. Dia buat semua itu untuk membayar “hutang-hutang” anda.
Usahlah membandingkan dirinya dengan apa yang dibuat oleh isteri2 yang lain. Orang lain mungkin masih boleh melayani suami mereka seperti RAJA, boleh menghidangkan makanan betol-betol didepan mata. Tapi dia hanya boleh melayani anda sekadar kemampuannya sahaja.
Dia tahu untuk rasa letih, dia juga tahu untuk rasa penat.
Dia hanyalah seorang wanita biasa, kudratnya tak sama dengan kudrat anda. Tolonglah dia sebagaimana dia menolong anda. Kurangkanlah bebanan dia sebagai seorang isteri dengan membantunya melakukan kerja-kerja rumah. Sederhanakanlah tuntutan anda untuk dia memenuhinya. Berikanlah dia ruang, peluang dan masa untuk berehat juga.
Kerana dia juga bekerja, dia juga perlu membahagikan masa untuk kerjaya dan keluarga, jika anda “mampu” , sudah pasti dia tidak perlu bersusah payah utk keluarganya.
Kesejahteraan dan kebahagian itu perlukan pengorbanan kedua-duanya. Tanpa sokongan isteri yang membantu dalam mengharmonikan rumah tangga maka suramlah keluarga itu.
Begitu juga dengan suami, tanpa kasih sayang dan pengorbanan seorang suami maka tidak lengkaplah kehidupan seorang isteri.
Semoga perkongsian ini memberikan nafas baru untuk pasangan suami isteri kembali menyemarakkan kasih dan cinta dalam rumahtangga semoga kekal harmoni. Hargailah pasangan anda kerana mereka adalah orang yang sentiasa berada dibelakang anda.