[VIDEO] “Lagi sakit dari beranak,” Isteri Bagi Cuba Simulator Contraction, Suami Menjerit Tak Tahan
Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata yang bakal menyerikan lagi rumah tangga yang dibina.
Namun begitu, tidak dinafikan bahawa proses melahirkan cahaya mata merupakan saat yang mendebarkan buat setiap pasangan.
Ada segelintir suami yang tidak memahami kesakitan yang dilalui isteri
Pada masa yang sama, proses melahirkan juga amat ditakuti dan digeruni oleh para wanita yang bergelar sebagai ibu.
Malangnya, terdapat sesetengah lelaki yang tidak memahami betapa sakitnya para isteri mereka melalui detik itu.
Minta suami cuba alat simulator bersalin
Menerusi satu video yang telah dimuat naik oleh Muhsin Yusni di Youtube, isterinya, Aisyah meminta suaminya itu untuk mencuba alat simulator bersalin.
Ia bertujuan untuk merasai bagaimana pengalaman seorang isteri menghadapi contraction ketika sedang bersalin.
Si suami menjerit kesakitan tidak dapat menahan sakit contraction
Dalam video berkenaan, kelihatan lelaki itu sedang baring setelah memakai alat simulator pada bahagian perutnya.
Isterinya mencuba bermain dengan alat berkenaan sehingga si suami menjerit kesakitan kerana tidak dapat menahan sakit contraction tersebut.
Suami siap ingatkan beritahu jika mahu tambah contraction level
Terhibur dengan gelagat suaminya kesakitan, Aisyah semakin suka untuk mengenakan suaminya dengan menambahkan level kesakitan.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan mengingatkan isterinya agar memberitahunya jika ingin menambahkan contraction level berkenaan supaya dia bersedia menerima kesakitan tersebut.
Mode normal rasa dia macam sesemut
“Kau buat nombor berapa tu? Satu-satu lah.. Kalau naikkan bagitau tau. Sakit.”
“2.5 mode normal rasa dia macam sesemut. You pernah tak rasa macam tu kat kaki.. Jangan tukar tiba-tiba.”
Isteri sempat minum air sambil lihat suami kesakitan
Apa yang lebih menghiburkan lagi apabila ketika si suami sedang menahan kesakitan, isterinya dengan selamba sempat minum air.
Setelah 10 minit menggunakan alat simulator berkenaan, lelaki itu mula berasa pening.
Ini lagi sakit dari nak beranak
Akhirnya si suami merayu untuk menghentikan level simulasi tersebut kerana sudah tidak dapat menahan lagi.
“No no ni lagi sakit dari nak beranak. Macam nak terkeluar.”
Perkongsian video yang berdurasi 13 minit 11 saat itu mendapat lebih 179,000 tontonan serta mendapat sebanyak 11,000 likes di Youtube.