Menjadi anak sulung memang berat tanggungjawabnya. Nak nak lagi anak sulung lelaki. Selain bertanggungjawab menjaga adik-adik, mereka juga amat menyayangi adik beradik.
Walaupun kadang-kadang anak sulung ni ego dan jarang meluahkan perkataan sayang, namun jauh di sudut hati merekalah yang paling penyayang.
Sama seperti yang dikongsikan oleh ibu kepada tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan ini apabila anak sulungnya yang baru pulang dari kerja tercari-tercari adik-beradiknya yang lain.
Nor Hidayah atau lebih mesra dipanggil Kak D sempat merakam momen-momen sebak itu di mana anak sulungnya pulang dengan membawa KFC untuk dimakan bersama-sama dengan adiknya yang lain.
Namun riak muka si abang berubah apabila Kak D mengatakan adik-adiknya sudah pulang ke asrama masing-masing. Pada mulanya si abang tak percaya.
Habis semua bilik digeledahnya. Apabila dapat tahu semua adiknya dah balik ke asrama, riak mukanya berubah menjadi hampa. Suaranya juga seolah-olah menahan sedih.
Si abang menyangka adik-adiknya pulang ke asrama pada hari Isnin. Oleh itu, dia membeli KFC untuk dimakan bersama-sama sempena sebelum mereka berpisah.
Menurut Kak D, hubungan mereka adik-beradik sangat rapat dan akrab.
Sejak video tersebut dikongsi, ianya tular dengan berjaya meraih tontonan sebanyak 1.5 juta dan 128.6 ribu tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tersentuh dan terharu melihat sifat penyayang si abang. Namun ada juga yang sempat berseloroh menyoalkan mengapa abang mereka tak berkelakuan seperti anak Kak D.
Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok
“Abg control nak nangis ke tu. Suara lain dh.”
“dengar suara dia pun macam sedih sebab tak dapat jumpa adik dia dulu.”
“kecewa hati abg tak dpt bagi kfc kt adik,suka sy tengok adik beradik akrab macam ni,dgr suara abg mcm nk nangis dh.”