Connect with us

Selebriti

“Suatu hari nanti Allah uji mereka,” Tak Hirau Tohmahan, Ina Naim Kini Jual Laksa Bantu Keluarga

Berdepan engan dugaan ketika ini, Nordiana Mohd Naim atau lebih mesra disapa Ina Naim, 37, kini menggalas tanggungjawab menanggung suami dan anak-anak.

Ia berikutan suaminya yang merupakan seorang penyanyi Suhaimi Saad, 41, dipercayai mengalami masalah penglihatan terhad.

Ina mencari pendapatan untuk menyara keluarga

Difahamkan, kerja mencari pendapatan menyara keluarga dikatakan terpaksa dilakukan Ina.

Pelbagai spekulasi turut tular hingga timbul tohmahan kononnya Suhaimi Saad menggunakan wang program i-Sinar milik Ina untuk pembikinan lagu.

Suami saya masih pikul tugas walaupun tidak sihat

Walaubagaimanapun, Ina menegaskan biarpun Suhaimi berdepan masalah mata namun suaminya masih menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan bapa kepada anak-anak mereka.

“Alhamdulillah, suami saya masih lagi pikul tugas biarpun keadaannya tidak berapa sihat.”

Sekarang saya kena lebih bertenaga dan kuat

“Cuma sekarang ini saya kena lebih bertenaga dan kuat sebab suami tak boleh nak drive lagi akibat masalah mata dia.”

Berkongsi kisah kepada mStar, Ina bersyukur suami masih pikul tanggungjawab biarpun keadaan penglihatan tidak baik.

Dia tetap menjalankan tanggungjawab lain dengan baik

“Walaupun begitu, dia tetap menjalankan tanggungjawab lain dengan baik. Suhaimi masih lagi boleh menyanyi, buat lagu dan persembahan.”

“Kalau ada waktu terluang, dia akan mengurut orang lelaki selain uruskan pembelajaran anak-anak.”

Saya berniaga jual laksa Kedah dan mi kari

“Saya pun ada berniaga antaranya jual laksa Kedah dan mi kari. Saya jenis orang tak suka duduk saja, nak juga buat sesuatu yang manfaat.”

“Saya lebih selesa macam ini, tidak beri satu tekanan atau kesusahan pun sebab saya ikhlas dan minat.

Suhaimi mendapat bantuan makanan asas dan wang tunai

Terdahulu, Suhaimi menerusi laman Facebook berkongsi paparan skrin komen daripada individu yang menuduh dia menggunakan wang daripada program i-Sinar milik isterinya untuk pembikinan lagu.

Suhaimi yang kini menetap di Kelantan bersama keluarganya juga mendapat bantuan makanan asas dan wang tunai daripada wakil komuniti Kubang Kerian pada Isnin lalu bagi membantu meringankan beban mereka saat musibah Covid-19 melanda.

Kita berdoa dan serah kepada Allah

Apa yang boleh kita buat adalah berdoa dan serah kepada Allah.

Malah, Ina memberitahu dia tidak pernah terkesan dengan segala kecaman dan kritikan netizen terutama isu membabitkan Suhaimi.

Malah menurut Ina, suaminya juga sentiasa berkongsi semua perkara termasuklah mengenai tawaran perkhidmatan urut dalam di beberapa platform antaranya aplikasi mencari pasangan sejenis.

Saya memang tak pernah ambil kisah

“Untuk kecaman atau apa-apa yang negatif, saya memang tak pernah ambil kisah. Dengar dan baca tapi tak simpan dalam hati.”

“Dari awal saya popular dahulu, memang tak pernah ambil pusing hal-hal macam ini.”

Suami tiada rahsia langsung dengan saya

“Lagi-lagi bila membabitkan hal suami saya, dia memang tiada rahsia langsung dengan saya.”

“Apa yang dia buat, dia akan jujur cerita dengan saya. Semua aplikasi yang dia buat untuk khidmat urut, dia akan tunjuk dekat saya.”

Satu hari nanti Allah akan uji hidup mereka

“Bagi saya, netizen yang suka kecam itu satu hari nanti Allah akan uji hidup mereka, tak pun di akhirat kelak. Apa yang boleh kita buat adalah berdoa dan serah kepada Allah.”

“Alhamdulillah, ramai dah minta maaf atas kata-kata dan jari-jari mereka menulis yang kurang baik pada kami.”

“Bukan satu masalah besar untuk saya ambil kisah dengan netizen yang bersikap negatif terhadap kami,” ujarnya.

Suhaimi mendedahkan mengidap sakit mata kronik sejak 2019

Pasangan itu turut tampil dengan album nasyid bersama anak-anak mereka berjudul Bismillah yang mempunyai 10 buah lagu antaranya Selimut Putih, Bismillah, Zafrin Solawat, Keagungan Tuhan dan Kasihnya Ibu.

Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 13, Sallman El-Khoyri, 11, Phyrosh Elfadwah, 9, dan Nurlayla Elghufrony, 7.

Menerusi laporan mStar pada 6 November 2020, Suhaimi mendedahkan dia menghidap sakit mata kronik sejak 2019 dan memerlukan bantuan isteri untuk melakukan urusan harian.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.