Usahawan kosmetik yang sering terpaling dengan kontroversi hangat, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat telah mengesahkan dirinya sudah berada di Australia pada Oktober 2021.
Nur Sajat turut pernah memaklumkan dirinya sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia dan sudah pun secara rasmi berhijrah ke negara Kanggaru itu dengan bantuan kerajaan Australia ketika membuat sesi live di media sosial miliknya.
Setelah setahun berhijrah, Sajat kini dikhabarkan berada di Singapura atas urusan perniagaan. Walaupun dapat menjejakkan kaki ke Singapura, Sajat dilihat sebak kerana merindukan dua anak angkatnya yang ditinggalkan bersama keluarga di Malaysia.
Sajat meluahkan perasaannya ketika membuat live di TikTok. Dia juga dilihat sempat menitiskan air mata sambil menahan sebak kerana terlalu merindukan anak-anaknya.
Menurut Sajat, dia sudah dua tahun tidak berjumpa dengan anak-anaknya dan bersyukur apabila akhirnya mendapat peluang untuk bertentang muka semula.
“Saya dah lama tak jumpa anak. Beberapa jam lagi saya akan jumpa anak…akhirnya saya akan jumpa anak saya. My true love,” katanya.
Malah, Sajat sempat berkongsikan kepada netizen beberapa keping gambar dan video anak-anaknya ketika dia masih di Malaysia bersama mereka yang ada di telefonnya.
Untuk rekod, Sajat mempunyai sepasang anak angkat yang diberi nama Syahmi dan Syaza. Mereka berdua kini menginjak usia enam tahun.
Video yang tular di laman TikTok