Walaupun masih kecil, tipulah kalau kita tak pernah berharap akan ada barang-barang yang diingini jatuh dari langit, lagi-lagi duit.
Kalau dapat duit secara percuma, bolehlah kita berbelanja apa sahaja yang kita mahu. Tak perlu minta duit belanja daripada ibu bapa lagi.
Persis rakaman yang tular baru-baru ini di TikTok, seorang lelaki yang menabur duit dari tingkat atas di sebuah pusat beli-belah terkenal menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @naqliqaddiem, lelaki itu menabur beberapa keping duit kertas RM100 dari tingkat atas sambil orang lain di tingkat bawah berjalan-jalan.
Yang lebih mencuri tumpuan, dia selamba sahaja mencampakkan duit tersebut. Malah, itu bukanlah kali pertama dia lakukan perkara sedemikian kerana dalam video TikToknya yang lain, turut menunjukkan dia melakukan aksi yang sama!
Tindakan lelaki itu secara tidak langsung mengundang pelbagai persepsi netizen. Malah ada yang meminta duit itu lebih baik diberikan kepada mereka berbanding orang kaya yang sedang membeli belah.
Setakat ini, video berkenaan berjaya mencecah jumlah tontonan sehingga 2.9 juta manakala meraih sebanyak 25.1 ribu tanda suka!
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai. Ada yang berpendapat tindakan lelaki mencampakkan duit kertas itu ke tingkat bawah kurang manis.
Malah netizen sempat menasihati agar amalan sedekah itu lebih baik diberikan kepada orang yang benar-benar susah agar dapat meringankan sedikit sebanyak beban mereka.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Esok ada tak ? saya nak pergi klcc😂”
“jgn campak situ baik bagi org yg benar benar susah.kan lebih baik🥰”
“Kalau saya ade 1 juta mmg sy nk buat mcm nie🥰🥰 naik heli.. lepas kan duit terbang dr langit😂 sbb mase kanak2 selalu berangan duit jatuh dr langit🥰”
“Jgn cmpak abg,, baik bgi sya, smoga rezeki melimpah tlq org btul sush”
“kenapa tabur.. baik bagi sy yg kais pagi mkn pagi ni”
Video yang tular di laman TikTok