Connect with us

Viral

“Sumpah sedih weh” Siap Tempah Dekorasi Untuk Ulang Tahun, Lelaki Kesal Kekasih Tak Munculkan Diri

Hari ulang tahun kelahiran sememangnya merupakan hari yang sangat istimewa buat setiap orang.

Bagi yang sudah mempunyai pasangan, sudah pasti mereka telah memikirkan berbagai idea untuk menyambut ulang tahun kelahiran pasangan tercinta supaya terasa lebih dicintai dan dihargai.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana reaksi seorang lelaki yang menunggu ketibaan kekasihnya yang tidak tiba di kedai makan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @samballana_bistro78, memaparkan seorang lelaki sedang menunggu kekasihnya di meja sebuah kedai makan yang telah siap ditempah dekorasi romantik sempena hari ulang tahun.

Pun begitu, siapa sangka kekasihnya tidak munculkan diri selepas 40 minit dan membuatkan lelaki tersebut risau dan gelisah.

“Sumpah sedih weyh ! excited lelaki ni nak buat suprise hujung2 gf tak datang pun. Makanan & deco semua dah siap” tulisnya di ruangan kapsyen.

“Please korang jangan buat lelaki macam ni..40 minit still tunggu lagi orang tersayang datang tapi..”

“sanggup redah hujan untuk surprisekan tapi tak dihargai.. kalau lelaki busy tu dia bukan abaikan.. tapi dorang tengah usaha untuk menghalalkan..” katanya lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@samballana_bistro78 Sumpah sedih weyh ! excited lelaki ni nak buat suprise hujung2 gf tak datang pun 😭. Makanan & deco semua dah siap😢. #fyp #samballanabistro #2022 ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 902K tontonan, 94.6K tanda suka, 3392 komen dan 2455 perkongian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sedih melihat usaha lelaki tersebut yang langsung tak dihargai oleh pasangannya.

“Untungnya perempuan tu, kenapalah dia tak hargai” – Netizen

Malah dalam masa yang sama, para netizen juga menyifatkan bahawa wanita yang dicintai oleh lelaki tersebut merupakan insan yang untung kerana mempunyai teman lelaki seperti itu.

Berikut merupakan komen warga maya:

“sumpah tak sanggup weyhh”

“untung we dapat lelaki macam ni”

“bukan senang nak jumpa lelaki yang ikhlas”

“yang ada tak dihargai”

“it’s so painful”


“masih tak datang lagi ke?”

“ingat senang ke nak jumpa orang lelaki menghargai”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.