Connect with us

Viral

“Suruh mandulkan kucing kata zalim, habistu buang tak zalim?” Doktor ‘Sekolahkan’ Individu Yang Buang Kucing

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja.

Bahkan, telatahnya juga mampu menghiburkan hari-hari kita malah terkadang ada sahaja gelagat si bulus ini yang tidak tercapai dek akal.

Pun begitu, sudah menjadi satu ‘budaya’ dimana apabila kucing beranak pinak, tuannya mula membuang si bulus ini lagi-lagi apabila menjelang bulan puasa dan raya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang doktor veterina yang dikenali sebagai Salehatul Khuzaimah meluahkan rasa kesalnya kepada sesetengah individu yang sanggup membuang kucing mencuri perhatian ramai.

“Dia bila musim nak raya, bulan puasa, benda macam ni lah jadi..budaya kes pembuangan kucing dekat pet shop, dekat klinik, dekat kedai makan, dekat pasar, dekat rumah orang pun ada, kan?”

“dah tahu tak mampu nak jaga kenapa tak mandulkan lepastu bila suruh mandulkan kata zalim, berdosa, habistu buang ni tak zalim? tak berdosa? tak kesian ke tengok budak-budak ni ha?”

“Kalau kene langgar ke, kene gigit anjing ke..macam ni lah, kalau rasa tak mampu, mandulkan so takdelah dia beranak pinak macam ni lepastu buang” tambahnya lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@drima_vet ‘Budaya’ pembuangan kucing yang tidak patut berlaku! #vetlife #TikTokGuru #drima_vet #JomBelajar #LearnOnTikTok #fyp #foryoupage ♬ Sad Music – Max-Music

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 73.7K tontonan, 3781 tanda suka, 131 komen dan 53 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan kenyataan yang dilemparkan oleh doktor ini kerana kasihan melihat kebanyakkan kucing yang dibuang oleh tuannya.

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang menyifatkan banyak diantara pembela kucing yang membela kucing hanya sebab rupa mereka yang comel dan bukannya atas dasar sayang dan tanggungjawab.

BACA: “Kemain layan drama, bila ceramah terus pejam” Gelagat Oyen Tertidur Tengok Ceramah Agama Undang Dekah Netizen

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.