Tidak dinafikan, budaya kerja melebihi waktu di Malaysia sememangnya adalah perkara biasa yang sering dihadapi oleh seseorang individu demi mencari rezeki untuk menampung kehidupan.
Namun lain pula ceritanya dengan pengacara popular Datuk AC Mizal yang juga merupakan pengasas syarikat stesen televisyen SUKE TV ini apabila mengusik staf-stafnya seolah-olah tidak mahu mereka bekerja melebihi masa telah mencuri perhatin netizen.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @mysuketv di laman TikTok ini, memaparkan pelakon filem Abang Long Fadil itu sedang mengarahkan semua pekerjanya supaya meninggalkan pejabat sejurus berakhir waktu bekerja yang ditetapkan sehingga pukul 6.
Malah bekas ahli kumpulan hip hop 4u2c ini turut berseloroh menghalau pekerja-pekerjanya dengan pelbagai cara sekiranya mereka memilih untuk ‘stay up’ bagi menyelesaikan tugasan di pejabat.
“Tutup wifi, aircond semua. Lepas pukul 6 semua pakai kipas. Balik balik balik! Kalau aku curah cat.. balik sekarang. Pukul 6.05 petang, satu lif je buka eh…” katanya.
Dalam video tersebut, dilihat semua kakitangannya di situ hanya mampu ketawa dengan tindakan Dato Ac Mizal kerana tiba-tiba sahaja ‘menghalau’ untuk pulang ke rumah dengan segera.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat Ac Mizal seolah-olah tidak mahu membayar gaji overtime pekerja-pekerjanya di syarikat sendiri.
Bukan itu sahaja, ada juga yang memuji sikap pengacara ini sebagai majikan yang baik serta bertimbang.
Malah mereka berseloroh bertanyakan sama ada masih ada kekosongan untuk bekerja di sana dek kerana sikap majikan yang baik seperti Ac Mizal.
Antara komen warga maya:
“ada kosong tak…syok ooo dapat boss macam ni…jarang-jarang dapat boss suruh balik ikut on time ni…”
“dato lain kali suruh lah balik kul 2pm…baru staff sayang…”
“dato…boleh join ka…gaji belakang cerita ah…nak dapat boss macam ni dah bersyukur dah…”
“dac mana-mana pon lawak…pernah jumpa nak ambik gambar dia boleh buat muka blerr…”
“best weh dapat boss macam ni marah staff balik lambat…”
Perkongsian yang tular di laman TikTok: