Siapa sahaja yang tak ‘nervous’ apabila ambil ujian memandu kan? Bagaimanapun, kita haruslah cuba sehabis baik mengawal emosi kita demi meneruskan dan menghabiskan ujian memandu tersebut.
Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu mendapat cikgu memandu yang garang, lagilah menggelabah pelajar itu.
Namun begitu, cikgu sebenarnya haruslah bersikap tegas agar anak-anak muridnya tidak ambil mudah ketika sesi pembelajaran dijalankan.
Terbaru, tular sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok yang memaparkan seorang murid yang sedang membuat latihan memandu sedang asyik dibebel oleh cikgu memandu itu.
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh pengguna @appypyna, murid berkenaan banyak kali telah melanggar divider, sehinggakan kelihatan panik sampai nak buka pintu keluar dari kereta.
Difahamkan, cikgu memandu itu sedang merakam anak muridnya membuat latihan memandu di kawasan ’roundabout’.
Apa yang membuatkan orang ramai tercuit hati dalam video tersebut ialah apabila muridnya itu banyak kali terlanggar divider disebabkan tidak tahu mengawal stereng kereta dengan betul.
Tidak cukup dengan itu, cikgu itu juga tidak berhenti membebel sambil memberikan arahan kepada muridnya supaya mengikut laluan yang benar.
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video TikTok tersebut telah berjaya meraih sebanyak 2M tontonan, 100.3K tanda suka dan 9236 komen.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut berdekah mendengar bebelan cikgu memandu itu dan terhibur melihat aksi anak muridnya itu yang tidak lepas-lepas menggunakan laluan yang betul sehinggakan dia bertindak mahu turun daripada kereta tersebut.
Ada juga warganet yang berkongsikan pengalaman mereka yang seakan sama dengan situasi berkenaan.
Antara komen netizen:
“sedara mara die dtg..itu pasal nk turun 2😂😂”
“sakit perot aku klu dpt cikgu mandu gini haha, tp best jgk cikgu aku dulu, aku naik divider diam je dia hahahaha🤣”
“ahahaha aku x blh la tgk video org bljar bwk keta jdi tringat dkt mmber aku dlu..dirungkaih nya benteng😂😂😂langgor plak tiang😂😂😂bengkokkk jdinya”
Video yang tular: