Connect with us

Viral

“Susah sangat nak makan ubat..” Ibu Kreatif Guna Helah Sorok Ubat Dalam Kotak Minuman Curi Perhatian Netizen

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak kebiasaannya memang takut betul bila disuruh makan ubat. Ada yang menangis, berlari malah menyorok pun ada demi melarikan diri daripada makan ubat tersebut.

Iospital phone repair gombak

Akan tetapi sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita haruslah memikirkan pelbagai cara untuk mereka meminum ubat terutama sekali ketika mereka sedang sakit.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok apabila seorang ibu menggunakan helah agar anaknya menelan ubat cair yang dipercayai ubat demam itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun @eimaa1 yang difahamkan ibu kepada kanak-kanak tersebut berkongsikan teknik yang digunakan untuk helah tersebut.

Difahamkan, Eima telah menggunakan kotak air Milo dan menggunting bahagian belakang kotak tersebut.

Kemudian, bekas bersama ubat demam tersebut dimasukkan ke dalam kotak itu dan straw pula dicucuk ke dalam kotak berkenaan.

Helah yang digunakan itu ternyata berjaya dilakukan kerana anaknya itu telah meminum ubat tersebut.

Walau bagaimanapun, anaknya perasan ada sesuatu yang tidak kena kerana rasa lain pula ‘Milo’ yang diminumnya itu.

“Susah sangat nak makan ubat, kan dah kena berbohong,” tulisnya di kapsyen video yang tular tersebut.

Menjengah di ruangan komen, warga netizen terhibur melihat situasi antara dua beranak itu.

Dan ada juga warganet yang turut berkongsikan pengalaman yang sama sebagai ibu bapa atau sebagai anak yang melalui situasi yang sama.

Antara komen netizen:

“lepas ni kena pikir cara lain pulak..kantoiii sudaaa😅😂😂”


“masa aku kecik mak aku buat macam ni lah skrg aku dah besar aku pulak buat nahh air Melo minum 😂”

“sy wt cmni kt ank sy..tp dy lbih pndai bb rse lain trus dy buang blik😂”

“sis salah buat😌patutnye tk pyh potong habs sis potong tepi and bawh je jgn ptong smpai putus😭pstu letk lh ubt tu and tutp blik dh setel dye pon tk thu🤪”

Video TikTok yang tular:

@eimaa1

susah sgt nk mkn ubt..kan dah kena bohong…

♬ original sound – Haz_JR

Continue Reading
Advertisement