Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya menanti kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga mereka.
Namun, tak semua pasangan diberikan ‘rezeki’ untuk hamil sejurus selepas kahwin (bunting pelamin) dan terdapat pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun dan melakukan pelbagai ‘alternatif’ sebagai solusi.
Sekuat mana pun ‘pejuang garis dua’ cuba mennguatkan diri apabila rahim belum pernah terisi dengan zuriat, pasti ada satu detik di mana semangat itu akan runtuh sekelip mata.
Turut menerima ujian yang sama, pelakon dan penyampai radio iaitu Siti Elizad kembali menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata setelah hampir setahun merehatkan diri.
Pengacara yang berusia 38 ini berkongsi berita tersebut melalui satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Susahnya nak dapat awak ni..Tempat yg sama, harapan yg sama. Inshaallah soon, journey ke2. Sedang memilih bulan yg sesuai & tak busy. Check dinding rahim dulu pagi ni” katanya di ruangan kapsyen.
Rakaman berdurasi 49 saat itu memaparkan Elizad melakukan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) selain mendengar perbincangan doktor demi memastikan rawatan berkenaan berjaya dengan izinNya.
Semuanya okay dan baik, Cuma belum ada rezeki Allah nak bagi- Siti Elizad
“dinding rahim, telur kita, alhamdulillah semuanya cantik. Husnuzon moga Allah bagi yang terbaik. Ignore the negativity & surround yourselfwith positive ones!”
Video yang tular di laman Instagram:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 163K tontonan, 20.3K tanda suka dan 965 komen di platform Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata barisan artis dan para netizen menitipkan doa buat pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu agar proses IV berjalan dengan lancar dan dikurniakan cahaya mata pada masa akan datang.
Antara reaksi warga maya:
Sekadar rekod, Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015 dan menjalani rawatan IVF pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun sama.