Siapa tak kenal dengan usahawan terkenal iaitu Syahmi Sazli, bukan sahaja bijak dalam perniagaan malah dia ‘content’ yang dilakukan di Youtube juga nyata membuatkan ramai terhibur.
Apatah lagi bila ada nya dua insan istimewa iaitu Asif dan Yoe Parey. Memang berdekah penonton dibuatnya!
Bagaimanapun, baru-baru ini Syahmi mendapat perhatian ramai apabila YouTuber asal Kelantan itu telah membuat satu konten cabutan bertuah buat para pembeli produk yang dijual secara atas talian.
Antara hadiah yang paling mewah adalah kereta Mercedes A180 (convert A45), motosikal jenis Honda Beat dan banyak lagi.
Pun begitu, apa yang lebih meraih perhatian adalah pemenang utama cabutan bertuah yang dibuat Syahmi Sazli iaitu seorang juruteknik yang baru sahaja menimang cahaya mata.
Pemenang tersebut dikenali sebagai Haziq Akram akui bersyukur apabila menerima perkhabaran tersebut melalui panggilan video bahkan mengucapkan ribuan terima kasih buat Syahmi dan menanggap ianya adalah rezeki anak.
Syahmi juga sempat berkongsi sebuah video mengenai pemenang tempat ketiga yang membawa pulang Honda Beat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap Syahmi dan mendoakan agar dirinya dimurahkan rezeki dan bisnes yang dilakukan terus sukses.
Bukan itu sahaja, netizen juga mengucapkan tahniah kepada semua pemenang terutamanya buat lelaki yang baru sahaja menimang cahaya mata.
Antara komen warga maya:
“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.. alhamdulillah dan tahniah kepada yang menang.. semua rezeki mi sekeluarga semakin murah”
“Aku bukan pemenang tapi aku rasa happy”
“Tahniah kepada semua pemenang semalam.. rezeki tak pernah salah alamat..”
Perkongsian Syahmi di Instagram:
Video yang tular :